Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2010

Ibubapa harus ketepi kepentingan diri demi anak - Rayong


Caption: TERIMALAH...Rayong ketika menerima cenderamata daripada Yang DiPertua PIBG SK Nanga Menyuau Rentap (kiri) dalam majlis itu sambil disaksikan oleh Nyalau (empat kanan) Mujah (tiga kanan) dan Geoffery (tengah).

LUBOK ANTU, Sabtu (14 Ogos) – Ibubapa harus menolak kepentingan peribadi atau keluarga masing-masing sekiranya mahu melihat anak-anak berjaya dalam dunia pendidikan di masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata terdapat ibubapa terutama sekali dari kawasan pendalaman yang menyuruh anak-anak menjaga adik masing-masing di rumah daripada turun ke sekolah ketika berlangsungnya musim penanaman padi selama ini.

“Ia merupakan salah satu faktor penduduk dari kawasan luar bandar sukar untuk maju dalam hidup selama ini disebabkan oleh sikap ibubapa mereka yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding kepentingan pembelajaran anak-anak.

“Ibubapa dari kawasan luar bandar harus mengenepikan sikap sebegini. Jika mereka terus bersikap demikian maka niat anak-anak untuk maju dalam pelajaran akan terbantut di selepas itu,” katanya berucap pada Majlis Merarau 2010 Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyuau, Ulu Skrang, Lubok Antu baru-baru ini.

Masalah terbabit kata Rayong juga secara tidak langsung akan menjejaskan usaha kerajaan untuk menghasilkan golongan modal insan berkualiti demi pembangunan negara dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Anak-anak kata beliau adalah golongan perintis penting bagi menggantikan para pemimpin negara dalam memastikan kesinambungan proses pembangunan negara yang mencakupi politik, ekonomi dan sosial menjelang Wawasan 2020 kelak.

"Ilmu adalah harta yang amat berharga. Anak-anak di kawasan luar bandar harus diberi peluang untuk mendapatkan ilmu ini demi kebaikan masa depan hidup keluarga mereka, negeri dan negara,” katanya.

Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Pegawai Penerangan Parlimen JASA Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Menyuau.

Tamat....

No comments:

Post a Comment