Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 August, 2010

Ibubapa benteng anak-anak tangani masalah sosial


Caption: RASMI...Harden (tengah) sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian majlis sambil diapit oleh Ismail (kiri) dan Osman (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (7 Ogos) – Ibubapa mempunyai tanggungjawab untuk menjadi ‘benteng pertahanan’ utama bagi membendung penularan pengaruh negatif dikalangan anak-anak selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis.

Katanya masalah ini timbul apabila wujudnya masalah disiplin dikalangan anak-anak yang disebabkan oleh pendedahan masing-masing terhadap penggunaan media massa dan media cetak pada masa sekarang.

“Sekolah juga merupakan salah satu daripada benteng untuk mempertahankan penularan masalah ini. Bagaimanapun campurtangan ibubapa adalah amat penting agar disiplin anak-anak berhubung isu ini dapat diselesaikan pada masa akan datang.

“Semua pihak termasuk ibubapa dan guru harus sedar bahawa peranan mereka amat penting bagi membendung isu terbabit. Tanpa campurtangan mereka hasrat kerajaan untuk mewujudkan modal insan tidak akan tercapai di masa akan datang,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pasaria 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing di sini hari ini.

Selain itu beliau juga berkata bahawa sistem pendidikan yang baik di alaf baru adalah merupakan sistem yang dapat menghasilkan individu yang berkemampuan untuk berfikir secara kritikal, aktif dan kreatif serta inovatif.

“Produk yang lahir dari sekolah mestilah merupakan golongan yang bukan sahaja serba boleh dalam semua perkara namun haruslah memiliki perspektif yang baik terhadap kehidupan dan persekitaran kawasan masing-masing.

“Masa depan pembangunan negara dapat dijamin dengan adanya kelahiran individu seperti ini. Justeru saya berharap agar semua pihak terutama sekali ibubapa dan guru bersikap lebih serius ke arah tujuan itu di masa akan datang,” katanya.

Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Abang Aing. RM6,000 daripada jumlah ini bertujuan untuk menampung kos pembelian mesin fotostat yang baru untuk sekolah berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Mudin, Yang Dipertua PIBG SK Abang Aing, Osman Rosli, Guru Besar SK Abang Aing, Wan Ismail Wan Chula, Temenggung Kanang Langkau, Pegawai Tadbir Sosial, Zaidi Sarkawi, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Lebih dari 20 buah gerai jualan makanan dan pameran di buka ketika berlangsungnya Pasaria 2010 bertempat di SK Abang Aing bermula dari jam 8 pagi hingga 1 petang hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment