Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

Dua kereta terbabit dalam kemalangan, tiada mati.



Caption:

1. MALANG...Keluarga mangsa (kiri) ketika ditanya oleh penduduk mengenai punca kejadian sebaik sahaja berlaku kemalangan berkenaan.

2. SUGUL...Pemandu kenderaan Kelisa (baju hitam) sekadar termangu melihat kenderaannya yang terbalik dan menjunam ke kawasan parit sebaik sahaja berlaku kemalangan tersebut.

SRI AMAN, Jumaat (13 Ogos) – Seorang pemuda mengalami cedera ringan manakala sebuah lagi keluarga selamat apabila kenderaan jenis Perodua Kelisa dan Proton Iswara Aerobik yang dipandu oleh mereka terlibat dalam kemalangan di selekoh jalan raya tajam, berdekatan Gereja Hosanan Chapel, kawasan Gua, Sri Aman pada jam 7.45 pagi hari ini.

Utusan Sarawak yang secara kebetulan melalui kawasan kemalangan terbabit mendapati bahawa kedua-dua pihak mangsa iaitu pemuda dan keluarga yang terdiri daripada seorang anak lelaki beserta ibubapanya sedang dalam perjalanan dari Betong menuju Kuching.

Bapa kepada keluarga mangsa ketika ditemui memberitahu beliau bersama anak dan isterinya sedang dalam perjalanan dari Debak menuju ke Kuching dengan menggunakan kenderaan Proton Iswara Aerobik sebelum berlakunya kemalangan berkenaan.

Ketika tiba di kawasan selekoh tajam berkenaan, kenderaan yang dipandu oleh si bapa tiba-tiba hilang kawalan dan ia menyebabkan mangsa panik lalu bertindak segera menekan brek kenderaan.

“Tindakan saya ini menyebabkan kenderaan kami sekelurga berputar sekali dan terus terbabas menuju ke hutan yang terletak di kawasan bahu kiri selekoh tajam jalan raya terbabit,” katanya.

Sementara itu pula seorang pemuda yang sedang memandu kenderaan Perodua Kelisa dari arah belakang kenderaan keluarga mangsa berkenaan turut panik apabila melihat kenderaan Proton Iswara Aerobik terbabit tiba-tiba berputar dan terbabas.

Tindakan panik si pemuda berkenaan telah menyebabkan dia menekan brek kenderaannya secara mengejut sebelum menjunam ke dalam parit di bahagian bahu kanan laluan selekoh tajam jalan raya berkenaan.

Lebih malang lagi ialah kenderaan Perodua Kelisa yang dipandu oleh pemuda malang berkenaan telah terbalik sehingga menyebabkan bibir mangsa cedera disebabkan oleh kemalangan tersebut.

Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan yang kebetulan melalui lokasi kejadian kemalangan berkenaan telah bertindak menawarkan bantuan kepada kedua-dua pihak mangsa.

Keluarga mangsa berkemungkinan akan mengalami kecederaan sekiranya kenderaan yang dipandu oleh si bapa terbabas lalu melanggar penghandang jalan yang terdapat di laluan selekoh tajam terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment