Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 August, 2010

Ceburi pertanian sebagai kerjaya - Romie


SYABAS … Datu Romie Sigan Daniel menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang

peserta Seminar Agrofest 2010 di Betong semalam, sambil disaksikan oleh Dr Ngenang Jangu (kiri) dan Edwin Rabong.


By WILLIAM CHAN


BETONG, Ahad (1 Ogos) – Para lepasan pusat pengajian tinggi awam dan swasta disarann menceburi bidang pertanian sebagai satu kerjaya.

Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel membuat saranan itu dalam ucapan pada majlis penutupan Seminar Agrofest 2010 di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di sini petangtadi.

Menurutnya, sektor pertanian mampu menawarkan pelbagai peluang perniagaan yang menguntungkan baik di peringkat pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian.

Romie juga berpendapat penceburan itu juga harus dilakukan oleh para lepasan dari institusi latihan kerajaan dan para lepasan sekolah.

Sehubungan itu para siswazah dan belia perlu mengubah sikap dan menolak anggapanbahawa sektor pertanian adalah satu sektor yang susah, kotor dan merbahaya, tambahnya.

“Dalam hal ini para ibu bapa dan guru khasnya di luar bandar memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya dan perniagaan yang menguntungkan mereka,” ujarnya.

Di Sarawak sektor pertanian merupakan penyumbang keempat terbear (12%) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2009 iaitu sebanyak RM26,336 juta, kata Romie, manakala KDNK sektor pertanian, ternakan dan perikanan di Sarawak tahun lepas ialah RM3,061 (11%).

“Dari segi nilai eksport pula Sarawak mengeksport hasil pertanian sebanyak RM7,113,881 (8%) pada tahun 2008. Daripada jumlah tersebut minyak kelapa sawit mentah dan diproses adalah penyumbang utama kepada nilai eksport Sarawak,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Dr Ngenang Jangu, Timbalan Residen Betong Dr Anthony Valentine Laisih dan Ketua Unit Pembangunan Komuniti AZAM Edwin Rabong.

Seramai 63 peserta menerima sijil penyertaan Seminar Agrofest 2010 anjuran Kementerian Pemodenan Pertanian dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) daripada Romie pada majlis itu.

No comments:

Post a Comment