Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

Cari nafkah masa Ramadan



Caption: PELUANG NIAGA...Tinjauan awal mendapati Bazaar Ramadan Sri Aman telah mula dibuka seawal jam 2.50 petang untuk penduduk dalam bandar ini.

SRI AMAN, Khamis (12 Ogos) – Aktiviti Bazaar Ramadan 2010 di Sri Aman dilihat sebagai langkah praktikal untuk mengalakkan minat suka berniaga dikalangan penduduk tempatan dalam bandar ini.

Demikian menurut pendapat seorang peniaga, Awang Kelana Awang Mahyuddin ketika ditemui oleh Utusan Sarawak menerusi tinjauan rambang di Bazaar Ramadan Sri Aman yang terletak di tapak pasar tamu lama hari ini.

Katanya aktiviti Bazaar Ramadan 2010 ini mampu menjadi platform untuk penduduk mencuba bakat niaga masing-masing disamping meraih keuntungan menerusi perniagaan masing-masing menjelang sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini.

“Penganjuran Bazaar Ramadhan berkenaan adalah salah satu cara pihak kerajaan bagi mendidik para peniaga kecil disini untuk menonjolkan segala produk keluaran mereka kepada pelanggan dalam bandar ini.

"Dari aktiviti Bazaar Ramadhan ini pihak kita boleh melihat bahawa para peniaga berpeluang untuk memajukan rangkaian niaga masing-masing berbanding ketika mereka berniaga di kampung sebelum ini,” menurut beliau.

Selain itu Nazri Nasaruddin bersama isterinya Zilla berpendapat bahawa penganjuran Bazaar Ramadhan juga turut memberi peluang kepada penduduk berbilang kaum dalam bandar ini mengenali pelbagai produk keluaran tempatan dengan lebih dekat.

“Pelanggan menerusi Bazaar Ramadhan ini boleh mendapatkan pelbagai jenis produk makanan tradisional yang ditawarkan oleh peniaga dalam bazaar itu.

“Produk makanan tradisional amat jarang ditemui pada hari biasa. Justeru saya berharap agar orang ramai dalam bandar ini tidak melepaskan peluang masing-masing untuk mengunjungi aktiviti Bazaar Ramadhan selepas ini,” katanya.

Terdahulu sebanyak 84 buah lot kedai ditawarkan kepada peniaga bagi tujuan aktiviti jual beli juadah makanan dan minuman pada Aktiviti Bazaar Ramadan di tapak pasar tamu lama Sri Aman ini.

Setiap peniaga telah dikenakan bayaran deposit sebanyak RM30 untuk tujuan terbabit dengan caj perkhidmatan sebanyak RM2 termasuk permit tapak RM2 yang dikutip pada setiap hari sehingga tamat aktiviti Bazaar Ramadan Sri Aman 2010 kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment