Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

1,500 bubur lambok diagih kepada penduduk


Caption: RASMI...Simoi (tengah) ketika sedang sambil diapit oleh Shamshuddin (kiri), Felicia (kanan) dan Balqis (kanan sekali) bersama dengan tetamu yang lain ketika menyempurnakan upacara simbolik program berkenaan hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (13 Ogos) – Persatuan Ibubapa Tunggal (PIT) Sri Aman telah dipertanggungjawab untuk mengagihkan sebanyak 1,500 buah bungkusan bubur lambok kepada penduduk menerusi Program Mega Bubur Lambok 2010 hari ini.

Aktiviti hasil buah fikiran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman itu adalah merupakan anjuran beberapa buah agensi, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam bandar Sri Aman.

Bermula pada jam 3 petang di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman, kesemua penduduk yang hadir diminta mendapatkan kupon sebelum mereka berpeluang untuk mendapatkan bubur lambok secara percuma terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri telah pun diberikan penghormatan untuk menyempurnakan simbolik pengagihan bubur lambok sambil disaksikan oleh Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji bersama dengan ketua jabatan dan ketua kaum dari bandar ini.

Terdahulu Shamshuddin ketika ditemui memberitahu program berkenaan bertujuan untuk mempromosi agensi kerajaan dan NGO yang terdapat di bandar Sri Aman terhadap penduduk.

“Hari ini pihak PIT Sri Aman telah diberi mandat untuk mengagihkan kesemua ,1500 buah bungkusan bubur lambok kepada penduduk dalam bandar ini bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

“Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPIN) Sri Aman juga bakal dipertanggungjawabkan dengan usaha yang sama pada 20 Ogos ini sambil disusuli oleh Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Sri Aman pada 27 Ogos di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula dari jam 3 petang hinga 5 petang,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman akan mengagihkan bubur lambok menerusi program itu di persimpangan Jalan Temudok, Sri Aman pada 3 September ini bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

Terdahulu Program Mega Bubur Lambok 2010 ini juga turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti Jualan Amal anjuran Jawatankuasa Pejabat Residen Sri Aman dan MAKSAK Sri Aman.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan Yan Hua, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPIN) Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, Pengerusi PIT Sri Aman, Balkis Abdul Wahed dan pegawai jabatan kerajaan yang lain.

Simoi yang turut berkesempatan meninjau aktiviti terbabit juga turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM6,000 kepada Jawatankuasa Penganjur Program Mega Bubur Lambok 2010.

Tamat.

No comments:

Post a Comment