Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

Amal ibadah berpuasa - Wahbi



Caption: BERBUKA...Wahbi (dua kanan) ketika sedang berbuka puasa bersama Morni (dua dari kiri) dan tetamu yang lain pada majlis berkenaan.

Kopral Abang Daud Abang Julhi,

IPD Betong

SPAOH, Jumaat (13 Ogos) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas mahu para muslimin dan muslimah untuk mengamalkan ibadah puasa masing ketika berlangsungnya Bulan Ramadan sambutan pada tahun ini.

Katanya ibadah puasa mengalak setiap muslim untuk lebih berdispilin dalam mengerjakan aktiviti harian masing-masing disamping mematuhi salah satu daripada lima rukun wajib dalam agama Islam.

“Ibadah puasa bererti menahan diri masing-masing daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

“Umat Islam ketika berlangsungnya Bulan Ramadan Al-Mubarak ini dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.

Wahbi berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nur Islam Kampung Bungin anjuran AJK Blok Kampung Masjid, Bungin dalam daerah kecil Spaoh, Betong malam tadi.

Selain itu umat Islam kata beliau juga wajib mengerjakan ibadah puasa kerana ia merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

Malahan ibadah puasa kata Wahbi juga secara tidak langsung akan dapat menyuburkan sikap murni di dalam diri pelaku setiap umat Islam dari masa ke semasa.

“Justeru adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan dalam diri setiap umat Islam ke bulan-bulan yang berikutnya,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Temenggong Daerah Saribas, Haji Sulong Tahir, Penghulu Kampung Bungin, Haji Sulaiman Bujang, Pegawai JASA, Awang Dzulkarnain Ali dan Pengerusi AJK Blok Kampung Masjid, Bungin, Haji Abang Morni Haji Abang Ahmad.

Terdahulu Wahbi turut mengadakan ceramah agama yang berkisarkan kepada kelebihan berpuasa dan ganjaran pahala yang diperolehi oleh umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa.

Setelah selesai berbuka puasa beliau kemudiannya menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib, Isya dan Sunat terawih bersama penduduk Kampung Bungin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment