Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2010

BN serius bantu hidup rakyat - Razi


Caption: RAMAH...Razi (kiri) ketika sedang membincangkan sesuatu dengan Dr Wahbi (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


DEBAK, Selasa (10 Ogos) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat serius dalam usaha mereka bagi membantu kebajikan hidup penduduk miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU) di kawasan luar bandar negeri ini.

Justeru ketua kaum haruslah faham tentang dasar kerajaan dan fungsi peranan mereka dalam membantu kebajikan golongan penduduk miskin dan OKU agar tidak berlaku isu diskriminasi dalam usaha membantu mereka selepas ini.

"Ia termasuklah mengenalpasti golongan penduduk yang berkeperluan dan bermasalah disamping memberi bantuan serta perkhidmatan yang bersesuaian menerusi penggunaan sumber-sumber yang ada pada mereka secara optimum.

“Sumber ini mencakupi bantuan am, bantuan ekonomi, bantuan OKU dan orang yang terlantar sakit kronik,” kata Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.30 Saribas, Ricky Mohammad Razi Sitam sebaik sahaja tamat Program Mesra Rakyat di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Kampung Melayu, Debak baru-baru ini.

Kerajaan kata beliau juga tidak akan membenarkan wujudnya diskriminasi ketika melaksanakan sesuatu program kebajikan untuk penduduk miskin di sesebuah kawasan dari masa ke semasa.

Menurut beliau BN adalah merupakan sebuah parti yang memperjuangkan kebajikan hidup penduduk tanpa mengira latarbelakang kaum, umur dan agama semenjak meneraju pentadbiran kerajaan selama ini.

“Oleh itu adalah amat penting ketua kaum untuk sentiasa turun padang bagi membantu kerajaan menjayakan usaha mereka menaiktaraf hidup penduduk miskin dan OK di kawasan masing-masing selepas ini,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi telah merasmikan Program Mesra Rakyat 2010 anjuran Jabatan KEMAS Bahagian Betong di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Kampung Melayu berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak kawasan Debak, Dr.James Luing, Pegawai KEMAS Bahagian Betong, Frida Suntik, Penghulu Kampung Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili.

Program Mesra Rakyat 2010 yang melibatkan kehadiran 350 orang penduduk itu turut diselitkan dengan sesi ceramah keselamatan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan ceramah kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment