Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2010

Bekas polis diwanted polis



Caption: DIKEHENDAKI...Sidi anak Manja dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kesalahan ugutan jenayah.


SRI AMAN, Isnin (9 Ogos) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong meminta seroang lelaki iaitu Sidi anak Manja, dari Rumah Manja, Sungai Mapai, Kanowit untuk tampil menemui mereka selepas ini.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Bukhori bin Saffai menerusi kenyataan beritanya memberitahu Sidi yang memegang kad KPT I/14388 itu dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan ugutan jenayah.

”Alamat terakhir beliau (Sidi) ialah perumahan polis, IPD Sri Aman. Lelaki ini dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

”Justeru pihak IPD Betong meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kedudukan terkini Sidi anak Manja bagi membolehkan pihak polis mencari beliau selepas ini,” katanya.

Orang ramai kata Bukhori boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Inspektor Mohd Jumazanzahir Check Ismail dari IPD Betong di talian 083-472767 sekiranya mendapat tahu kedudukan terkini Sidi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment