Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2010

Bazaar Ramadan Betong meriah


Caption: SESAK...Sebahagian daripada penduduk yang cuba membeli juadah di gerai menerusi aktiviti Bazaar Ramadan 2010 di Bandar Betong baru-baru ini.

Saleman Senin

BETONG, Sabtu (21 Ogos) – Bandar Betong juga tidak ketinggalan meriahnya dengan sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak sepertimana dengan lain-lain bandar dalam negeri ini menerusi penganjuran aktiviti Bazaar Ramadan di situ semenjak 11 Ogos lalu.

Bazaar Ramadan Betong 2010 anjuran Majlis Daerah Betong ini telah beroperasi bersebelahan dengan kawasan Terminal Bas Betong dan melibatkan pembukaan sebanyak 35 buah gerai.

Menerusi bayaran sewa sebanyak RM100 bagi satu tapak gerai untuk tempoh sebulan, dianggarkan lebih daripada 300 orang penduduk membanjiri kawasan tapak sambutan Bazaar Ramadan ini semenjak ia beroperasi pada tarikh berkenaan.

Tinjauan rambang di situ baru-baru ini mendapati para peniaga telah menawarkan pelbagai juadah makanan dan minuman yang jarang boleh didapati dan juga popular kepada penduduk sepanjang sambutan Bulan Ramadan terbabit.

Aktiviti Bazaar Ramadan yang menarik perhatian penduduk berbilang kaum di bandar Betong bermula dari jam 3 petang ini boleh mendapatkan Kuih Bakul, Kuih Takir, lauk kari masak kambing istimewa, ayam percik, ayam panggang, ikan terubuk bakar, pulut bakar dan sebagainya.

Terdahulu seorang pegawai penguatkuasa Majlis Daerah Betong yang menguruskan tapak aktiviti Bazaar Ramadan tersebut ketika ditemui memberitahu pihaknya telah memilih kawasan Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong bagi tujuan terbabit sebelum ini.

Bagaimanapun para peniaga menurut beliau tidak bersetuju kawasan terbabit dijadikan sebagai tapak bagi tujuan penganjuran aktiviti Bazaar Ramadan Betong berdasarkan kepada lokasi yang terlalu jauh dari pusat bandar itu sendiri.

“Setelah persetujuan dicapai bersama ketua kaum dan peniaga di sini menerusi perbincangan dahulu maka semua pihak sebulat suara telah memilih kawasan bersebelahan Terminal Bas Betong untuk dijadikan sebagai tapak aktiviti Bazaar Ramadan Betong 2010,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment