Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 August, 2010

Bank Rakyat anjur Score A PMR 2010


Caption: CAPAI KEJAYAAN...Rahman (tengah) bersama Roslan (kanan) ketika bersama pelajar dan kakitangan Yayasan Bank Rakyat, wakil Berita Harian dan Bank Rakyat sebaik sahaja tamat seminar terbabit.


SRI AMAN, Selasa (24 Ogos) – Seramai 250 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah dalam bandar Sri Aman yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini telah mengambil bahagian dalam Seminar Score A PMR 2010 di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Seminar Score A PMR 2010 yang membabitkan penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang, SMK Saint Luke dan SMK Sri Aman itu telah ditaja oleh Bank Rakyat dengan kerjasama Berita Harian sambil dikendalikan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat.

Pengurus Bank Rakyat cawangan Sri Aman, Roslan Ali menerusi ucapan perasmian pada majlis itu menyatakan bahawa pihak Bank Rakyat telah pun mengadakan Seminar Score A SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2010 sebelum mengadakan Seminar Score A PMR 2010.

“Tujuan utama Bank Rakyat menganjurkan seminar ini adalah untuk membantu menyiapkan para pelajar terutama sekali anak kepada anggota Bank Rakyat bagi mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam ujian PMR mahupun SPM.

“Pihak kita mahu semua anak kepada ahli atau anggota Bank Rakyat memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini sebelum mereka boleh melangkah ke peringkat menara gading selepas itu,” katanya.

Bagi menjayakan Seminar Score A PMR 2010, pihak Berita Harian kata Roslan telah melantik beberapa orang guru bertauliah untuk mengendalikan seminar yang membabitkan beberapa matapelajaran dalam program ini antaranya ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

“Harapan Bank Rakyat ialah agar Seminar Score A PMR ini dapat memberi pengetahuan yang luas demi membolehkan semua pelajar mencapai kejayaan mengkagumkan seperti yang disasarkan oleh semua pihak.

“Lagipun program ini juga selaras dengan misi pihak Bank Rakyat bagi mewujudkan golongan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa serta negara,” katanya.

Seminar ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Haji Abdul Rahman Haji Muhiyuddin, Pengurus Jabatan Pentadbiran dan Kewangan Yayasan Bank Rakyat, Normanisma binti Abdul Rahman, wakil Berita Harian dan kakitangan Bank Rakyat cawangan Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment