Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2010

Azmi dan Zilla juara Badminton Terbuka Morza 2010


Caption: UNTUK ALBUM...Pihak penganjur sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pasukan pemenang ketika tamat perlawanan berkenaan baru-baru ini.

- 9 Ogos

Pertandingan Piala Terbuka Badminton Bumiputera anjuran Morza Solution dan Sri Aman Automobilie telah pun menutup tirai perlawanannya baru-baru ini dengan menyaksikan pasangan beregu Yusri Azmi dan Mohd Zilla muncul sebagai pasukan juara bagi pertandingan berkenaan.

Pasangan beregu dari Kuching ini muncul juara setelah berjaya menewaskan pasangan beregu dari Serian iaitu Nazriq Hanafi dan Suhaimi dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman.

Dengan kemenangan ini Yusri dan Zilla membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,500 serta piala kemenangan manakala Nazriq dan Suhaimi pula membawa pulang hadiah bernilai RM900 serta piala kedudukan naib juara.

Tempat ketiga dalam Pertandingan Piala Terbuka Badminton Bumiputera 2010 ini pula diduduki oleh pasangan beregu Muhaizam dan Najib dari saratok yang turut membawa pulang tunai hadiah bernilai RM400 dan pingat.

Kesemua hadiah bagi pasukan pemenang ini telah disampaikan oleh Pengurus Sri Aman Automobile, Lee Teck Koon dan Pengurus Morza Solution, Mohd Yaakub Morshidi sebaik sahaja tamat pertandingan berkenaan.

Terdahulu Lee dan Yaakub menerusi ucapan ringkasnya bersetuju bahawa perlunya keperluan bagi menganjur pertandingan berkenaan dengan lebih kerap lagi bagi mempromosi Sri Aman selaku pusat sukan badminton dalam negeri ini.

“Sokongan pelbagai bentuk dari pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat amatlah dialu-alukan kerana pihak MORZA Solution. Kelab Ihya Tahsin selaku pengendali bersama pertandingan ini boleh membantu menganjurkan acara ini jika ada tajaan serta sokongan dari pihak berkenaan,” menurut mereka.

Kata Yaakub pertandingan kali ini adalah merupakan yang kedua dianjurkan oleh pihak MORZA Solution bagi tahun 2010 dan belum ada penglibatan sukarela daripada pihak berkenaan melainkan swasta sehingga bulan Februari lepas.

Katanya kebanyakan pertandingan yang diadakan hanya tertumpu pada acara tertutup Sri Aman dan ia secara tidak langsung gagal membuka mata para pemain badminton Sri Aman kepada corak permainan luar selepas ini.

“Harapan pihak kami ialah agar sukan Badminton di Sri Aman dapat berkembang ke tahap yang lebih maju dengan pemain tempatan lebih berdaya saing di peringkat kebangsaan dan nasional pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu pertandingan ini dikelolakan secara bersama dengan Kelab Ihya Tahsin yang diketuai oleh Jesry Mida, Abdul Karim dan Awang Mohd Syukri. Sejumlah 39 buah pasukan Bergu Lelaki berentap dalam Pertandingan Piala Terbuka Badminton Bumiputera sebelum ini.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, IPD Sri Aman itu membabitkan penyertaan pasukan dari bahagian Kuching, Simunjan, Serian, Sarikei, Sibu, Betong, Pusa, Saratok dan Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment