Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 August, 2010

40 surau dan masjid terima wang sumbangan Majlis Islam Sarawak


Caption: MANFAATKAN...Simoi (tengah) sambil disaksikan oleh Syukrie (kiri) dan Penghulu Salleh (kanan) ketika menyampaikan cek sumbangan kepada penerima hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (20 Ogos) – Sejumlah 40 buah masjid dan surau dari sekitar Bahagian Sri Aman menerima sumbangan wang daripada Majlis Islam Sarawak yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM40,000 di Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

12 buah penerima daripada jumlah keseluruhan bagi tujuan penyampaian wang sumbangan oleh Majlis Islam Sarawak ini adalah merupakan masjid manakala selebihnya lagi ialah 28 buah surau.

Majlis penyampaian wang sumbangan wang bernilai RM1,000 bagi setiap masjid atau surau itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri pada jam 2.30 petang.

Simoi menerusi ucapannya pada majlis itu mahu setiap masjid dan surau untuk mempergunakan sebaik mungkin sumbangan yang disampaikan oleh Majlis Islam Sarawak bagi tujuan pembangunan ummah selepas ini.

Katanya pihak pengurusan masjid dan surau harus menggunakan sumbangan duit berkenaan untuk menaiktaraf segala kemudahan yang terdapat dalam rumah ibadat demi kebaikan semua muslim.

Malahan sumbangan wang terbabit menurut Simoi boleh digunakan untuk menganjurkan beberapa program penting berkaitan Islam demi memperkukuh dan mempertingkatkan lagi pengetahuan masing-masing terhadap agama mereka dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar sumbangan wang ini akan dapat menjadikan masjid atau surau sebagai institusi keagamaan yang amat penting dalam memacu pembangunan umat Islam di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Majlis Islam Sarawak telah menyampaikan sumbangan wang berkenaan pada setiap kepada masjid dan surau di Bahagian Sri Aman setiap tahun. Majlis Islam Sarawak telah menyampaikan sumbangan wang kepada 40 buah masjid dan surau pada tahun ini berbanding 35 buah bagi tahun lepas.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Agama Islam Sri Aman, Ustaz Syukrie Sarkawi, Penghulu Haji Mohd Salleh Haji Mohd Kawi, Pengurus Tabung Baitulmal Sarawak Sri Aman, Shamshul Bahri, Pegawai JASA DUN Lingga, Sulaiman Amut dan Timbalan Ketua Parti Persaka Bumiputera Bersatu cawangan Lingga, Bakthiar Mathan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment