Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 August, 2010

22 pelajar serta Bengkel Citizen Science di Lundu


Caption: UNTUK ALBUM..Fowzi (depan tiga kiri) dan Bihud (kanan beliau) ketika bergambar kenangan bersama peserta Bengkel Citizen Science baru-baru ini.

SRI AMAN, Khamis (5 Ogos) – Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Petrosains Sendirian Berhad telah menganjurkan Bengkel Citizen Science bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan, Lundu, baru-baru ini.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari di SMK Sematan berkenaan telah membabitkan penglibatan 22 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring dari 10 buah sekolah menengah di Kuchig dan Lundu.

Bengkel yang turut melibatkan 12 orang pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Sarawak dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) itu telah pun dirasmikan oleh Ketua Sektor Pembestarian Sekolah, BTP Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Datin Dr. Hajah Fowzia binti Osman.

Fowzia menerusi ucapannya menyarankan bahawa budaya inovasi perlu disemai dalam setiap individu bagi mempertingkatkan daya dan kreativiti supaya negara dapat melalui arus transformasi ke arah negara berasaskan inovasi dan kreativiti selepas ini.

“Semua pihak perlu memberi kerjasama dan komitmen untuk memastikan Citizen Science dilaksana dengan jaya disamping memenuhi matlamat untuk membudayakan ICT di sekolah.

“Untuk itu Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya BTP telah menyediakan kemudahan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dan pengisian pendidikan bagi pembestarian sekolah ke arah transformasi pendidikan dalam negara ini,” katanya.

Sementara itu Pegawai Pelajaran Daerah Lundu, Bihud Apok pada ucapan penutupannya mahu peranan para guru relevan dengan rentak pembelajaran dalam era perkembangan teknologi yang pesat pada masa sekarang.

“Program seumpama ini membantu sekolah meningkatkan kerjasama perkongsian pintar antara sekolah dan sekaligus dapat membantu sekolah untuk meningkatkan lagi tahap penarafan SSQS selepas ini.” Katanya.

Beliau yang berbangga kerana SMK Sematan, Lundu terpilih sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar yang pertama di Sarawak berharap agar sekolah yang hadir dapat memperluaskan program ini dengan sekolah lain di masa akan datang.

Terdahulu Bengkel Citizen Science telah menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan web seperti penyelidikan terhadap sungai gambut dan sungai berpasir oleh pelajar sebelum data terbabit dimuat ke dalam internet untuk tujuan analisis data, perbincangan maklumat serta perbincangan menerusi talian.

Program yang merupakan inisiatif bagi merangsang murid serta komuniti bagi meningkatkan kesedaran dalam memupuk budaya inovasi telah menjadikan ICT sebagai pengupaya (enabler) untuk mempromosikan pendidikan sains dan teknologi.

Untuk itu Kit Water Quality Educator and Monitoring sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diagihkan kepada pihak sekolah yang terlibat untuk kegunaan selepas bengkel dan ditempatkan di PKG yang berdekatan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment