Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 August, 2010

21 kakitangan BTP terima APC


Caption: UNTUK ALBUM...Penerima APC bergambar bersama dengan Siti Zaleha (tengah), Wahed (kanan) dan Rosnani (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini.

KOTA SAMARAHAN, Sabtu (7 Ogos) - Seramai 21 orang kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPNS) menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 yang diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan telah pun dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Datin Dr Siti Zaleha binti Abdullah Sani.

Kenyataan berita memberitahu Majlis APC ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada organisasi selepas berjaya memperolehi kualiti prestasi perkhidmatan yang terbaik bagi sepanjang tahun.

“Pengiktirafan tersebut bukan hanya sekadar inisiatif bagi menghargai jasa atau sumbangan kakitangan malah bagi memotivasikan mereka untuk menghasilkan prestasi kerja cemerlang bagi sepanjang masa.

“Malahan ia juga bertujuan bagi mencungkil kebolehan pemimpin untuk merancang, melaksana, menilai dan memantau dikalangan penjawat awam dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang terlibat dalam teknologi pendidikan,” katanya.

Majlis APC ini juga katanya bertujuan memastikan penghasilan bahan dalam bentuk berteknologi, pengurusan pusat sumber dan pembestarian sekolah menjadi fokus utama kepada semua pihak kerana ia merupakan satu kepuasan pelanggan utama iaitu guru dan pelajar di masa akan datang.

Justeru katanya diharap agar warga pendidikan yang menerima anugerah berkenaan dapat melaksana kerja masing-masing dengan lebih cemerlang demi memacu arus pendidikan negara selepas ini.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak, Abdul Wahed bin Rosli dan Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari, Rosnani Binti Mohd Ali.

Tamat.

No comments:

Post a Comment