Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 July, 2010

Zakaria Abdullah dikehendaki polis Betong


Mugshot: ZAKARIA ABDULLAH


SRI AMAN, Jumaat (2 Julai) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong memohon Zakaria bin Abdullah untuk tampil menemui pihak polis bagi membantu siasatan kes kehilangan komponen jentera berat di Jalan Bungin / Serembang, Spaoh, Betong pada 23 Jun lepas.

Kenyataan berita daripada IPD Betong memberitahu Zakaria yang juga dikenali dengan nama Maxwell anak Jugah adalah merupakan pemegang kad pengenalan 560516-13-5463.

”Pihak kami meminta penama ini untuk tampil ke IPD Betong atau mana-mana balai polis yang terdekat untuk membantu pihak polis berhubung siasatan kes kehilangan jentera berat di sini,” menurut kenyataan berkenaan.

IPD Betong menerusi kenyataan berkenaan juga meminta bantuan orang ramai untuk memaklumkan kepada pihak mereka sekiranya mengenali dan mengetahui lokasi terkini kedudukan penama berkenaan.

Oleh yang demikian mereka yang mengetahui kedudukan terkini penama boleh menghubungi Inspektor Jumazanzahir di talian 083-472767 atau Sarjan Maslan Jafar menerusi talian 083-473333.

”Orang ramai yang mengenali kedudukan penama juga boleh menghubungi mana-mana balai polis yang terdekat berhubung perkara ini. Kerjasama daripada orang ramai amatlah diperlukan dalam membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Tamat

No comments:

Post a Comment