Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 July, 2010

Wartawan rakan Kerajaan Negeri

BETONG, Selasa (13 Julai) – Wartawan Sarawak adalah media setia kawan kepada pihak Barisan Nasional (BN) demikian menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Ini kerana wartawan Sarawak katanya telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengamal media yang bekerja untuk melaporkan pelbagai projek pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan dalam negeri ini kepada penduduk.

“Penduduk tidak akan mengetahui perkembangan terkini mengenai projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan tanpa adanya usaha gigih oleh pihak media dalam melaporkan perkara itu.

“Untuk itu wartawan dalam negeri ini wajar dianggap sebagai rakan media setia BN. Mereka bersama-sama dengan para pemimpin kerajaan bekerjasama dalam membangunkan negeri ini demi kesenangan semua penduduk,” katanya.

Jabu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sistem Solar Hibrid 20kmWp, Rumah Panjang Ringkai Kerapa Spak, Betong kepada Kerajaan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Selain itu Jabu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar menjelaskan bahawa parti pembangkang bukan sahaja angkuh dan sering menabur janji palsu malah tidak pernah menjenguk ke kawasan pedalaman untuk membela nasib penduduk.

“Parti pembangkang sememangnya rajin menaburkan janji kosong. Bagaimanapun mereka tidak bekerja untuk membela nasib penduduk apatah lagi untuk turun padang meninjau nasib penduduk di kawasan luar bandar,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penyerahan Sistem Solar Hibrid 20kmWp, Rumah Panjang Ringkai Kerapa Spak, Betong.

Hadir Menteri Perancangan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif IBC Solar AG dari Jerman, Udo Mohrstedt, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Carbon Capital Corporation Sdn Bhd, Dato’ Ir Haji Wahad Suhaili dan para menteri muda Kerajaan Negeri.

Tamat…..

No comments:

Post a Comment