Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2010

Tubuhkan Tabung Khairat - Wahbi


Caption: UNTUK ALBUM...Wahbi (tengah kiri) ketika bergambar kenangan bersama penduduk sebelum bermulanya aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bungey kelmarin.

DEBAK, Isnin (5 Julai ) – Kesemua ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam Kampung Debak, Betong disaran agar menubuhkan Tabung Khairat masing-masing selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata penubuhan Tabung Khairat adalah amat penting bagi tujuan aktiviti kebajikan, membantu hal pengurusan jenazah / kematian dan juga untuk aktiviti keagamaan yang lain.

“Dengan adanya penubuhan Tabung Khairat kita yakin bahawa hal ehwal kebajikan penduduk di Kampung Debak, Betong akan terus terbela dan meningkat pada masa akan datang,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Aktiviti Membersihkan Tanah Perkuburan Islam anjuran PBB ranting Kampung Bungey dengan Lembaga Amanah Kebajikan Islam (LAKID) Kampung Bungey di Kampung Bungey dalam daerah kecil Debak, Betong kelmarin.

Selain itu Wahbi juga menasihati penduduk Kampung Debak untuk mengenepikan perbalahan, persengketaan dan salah faham politik ketika melaksanakan kerja amal seperti membersihkan tanah perkuburan selepas ini.

“Isu politik dan perbalahan arus dipisahkan dari kerja amal. Jika ia diteruskan maka segala aktiviti kerja amal itu akan gagal dilaksanakan dengan penuh lancar demi kebaikan penduduk.

“Justeru saya menasihatkan semua penduduk Kampung Debak untuk berhenti berbalah lebih-lebih lagi dalam isu politik selepas ini. Segala kerja amal harus dilakukan secara saksama untuk kebaikan semua pihak di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu beliau bersama dengan 120 orang penduduk dari sekitar Kampung Babu, Kampung Lalang dan Kampung Bungey telah menjayakan bagi melakukan kerja amal membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bungey, Debak.

Wahbi juga turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 bagi membaikpulih pondok Tanah Perkuburan Islam Kampung Bungey disamping menyampaikan setiap 10 buah "khemah mini" kepada Kampung Babu, Kampung Lalang dan Kampung Bungey untuk kegunaan aktiviti masing-masing.

Hadir sama ialah Penghulu kawasan Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili, Pengerusi LAKID, Ricky Mohd Razi Sitam, Setiausaha PBB N30 Saribas, Saifudin Haji Wahbi dan ketua kaum yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment