Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2010

Tuai rumah-- > Step down kalau tak dapat kerja



Mugshot: PENGHULU TINGGI NYANDANG

SRI AMAN, Rabu (14 Julai) – Tuai Rumah diminta mengundurkan diri dari tugas sekiranya mereka sudah tua atau mengalami masalah kesihatan ketika mahu melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk penduduk.

Penghulu Tinggi anak Nyandang dari kawasan Tanjung Bijat, Sri Aman berkata kegagalan mereka berbuat demikian hanya akan menganggu hasrat kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan masing-masing selepas ini.

“Projek pembangunan daripada Barisan Nasional (BN) akan datang tanpa putus di kawasan penempatan penduduk dan ia menuntut usaha gigih Tuai Rumah demi memastikan kejayaan projek ini.

“Bagaimanapun jika Tuai Rumah tidak mampu bertugas kerana faktor tua atau masalah kesihatan ia akan membantutkan usaha pembangunan kerajaan untuk penduduk rumah panjang mereka,” katanya.

Justeru jalan terbaik bagi memastikan kelancaran projek pembanguan terbabit kata Tinggi ialah dengan memberi laluan kepada muka baru untuk memegang jawatan Tuai Rumah mereka selepas itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2010 bertempat di Rumah Dobi, Sekiraw Tengah, Tanjung Bijat, Sri Aman hari ini.

Selain itu Tinggi juga mahu Tuai Rumah memberi sepenuh kerjasama terhadap pihak kerajaan dengan menyebar dasar pembangunan BN terhadap penduduk di rumah panjang masing-masing dari masa ke semasa.

Dengan berbuat demikian penduduk rumah panjang kata beliau akan memperoleh faedah pembangunan menerusi projek yang dilaksana oleh kerajaan tanpa adanya sebarang hasutan selepas ini.

Terdahulu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2010 bertempat di Rumah Dobi, Sekiraw Tengah, Tanjung Bijat, Sri Aman ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal (JASA) kawasan Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Penghulu Tinggi anak Nyandang, Pengerusi Persatuan Budaya Iban Sri Aman, Johnatan Isau Jangan, para ketua kaum dan penduduk di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment