Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2010

Serah tanah NCR untuk pembangunan - Mong


Caption: UNTUK ALBUM...Mong (empat kiri) ketika bergambar kenangan bersama penduduk Rumah Ungga Menuang di Lingga baru-baru ini.

LINGGA, Rabu ( 7 Julai ) – Kaum Dayak yang tinggal di kawasan pedalaman diseru agar bersetuju untuk menyerahkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masing-masing untuk tujuan penanaman komersial seperti kelapa sawit selepas ini.

Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang berkata dengan berbuat demikian maka taraf hidup kaum Dayak di kawasan pedalaman akan dapat dimajukan dengan lebih pesat pada masa akan datang.

“Projek penanaman kelapa sawit bukan sahaja boleh menguntungkan rakyat kaum Dayak dari segi ekonomi malah boleh menguntungkan mereka juga dari segi kemasukan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan pelbagai lagi.

“Malahan pemilik tanah NCR menerusi projek itu juga secara tidak langsung akan dapat mendokumentasi sempadan tanah masing-masing hasil bantuan kerajaan dan pemaju projek sawit masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ungga Menuang Ulu dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Mong juga turut mencadangkan agar rakyat menyertai mana-mana syarikat ataupun agensi yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri untuk mengelak diri daripada ditipu oleh lain-lain pihak selepas ini.

“Berkerjasama dengan pihak Lembaga Pembangunan dan Perlindungan Tanah (PELITA) ataupun syarikat yang berdaftar adalah pilihan yang baik untuk memajukan kawasan tanah NCR masing-masing dengan tanaman kelapa sawit secara komersial,” katanya.

Terdahulu Mong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM6,000 kepada JKKK Ungga, Menuang Ulu, RM5,000 kepada JKKK Meredang, Menuang Ili, RM8,000 kepada JKKK Mamot Langgir dan RM10,000 untuk membersih sungai di kawasan itu.

Ruman Panjang Ungga, Menuang Ulu yang mempunyai 12 buah keluarga terletak di kedudukan bawah Bukit Lesung yang jauh di kawsasan pedalaman dan hanya boleh dihubungi melalui batang sungai yang kecil.

Tamat....

No comments:

Post a Comment