Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 July, 2010

RM200 juta bina teknologi Sistem Solar Hibrid (solar) - Taib


Caption: PENGHARGAAN...Wahab (kiri sekali) dan Udo (dua kiri) sedang menyampaikan cenderamata kepada Taib sambil disaksikan oleh Jabu (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.

BETONG, Selasa (13 Julai) – Kerajaan Pusat telah memperuntukan sejumlah RM200 juta untuk menjayakan projek pembinaan Sistem Solar Hidrid (SHS) atau Skim Tenaga Alternatif bagi menyalurkan tenaga elektrik kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman negeri ini tidak lama lagi.

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata kemudahan SHS yang menggunakan teknologi dari negara Jerman ini bakal menyalurkan bekalan tenaga elektrik 24 jam kepada penduduk di kawasan pedalaman negeri ini.

“Bagaimanapun kerajaan buat masa sekarang masih lagi mengenalpasti kawasan mana yang harus diberi keutamaan dahulu untuk tujuan perlaksanaan projek kemudahan SHS berkenaan.

“Kita akan memastikan bahawa projek pembinaan SHS hanya disalurkan kepada penduduk dalam kawasan pedalaman negeri kita yang terputus hubungan dari dunia luar, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sistem Solar Hibrid 20kmWp, Rumah Panjang Ringkai Kerapa Spak, Betong, Sarawak kepada Kerajaan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Selain itu penggunaan teknologi SHS dikalangan penduduk pedalaman negeri ini secara tidak langsung kata Taib akan dapat mengurangkan lagi pergantungan mereka terhadap penggunaan janakuasa elektrik yang sememangnya memerlukan sumber bahan api diesel yang kian mahal.

Selain itu Taib juga memberitahu bahawa kerajaan akan membina kemudahan jalan raya sepanjang 20 kilometer bernilai RM40 juta bermula dari Nanga Lisum-Layar, Mara-Melanjan, Jelang-Raba-Luing dan seterusnya Krapa pada tahun depan.

Kata beliau projek pembinaan jalan raya ini nanti bakal mengubah hidup penduduk di Nanga Lisum-Layar, Mara-Melanjan, Jelang-Raba-Luing dan Krapa dalam masa masa empat tahun.

“Justeru saya berharap agar penduduk di kawasan pedalaman menunggu dengan penuh sabar akan berita gembiran daripada kerajaan BN berhubung kedua-dua projek berkenaan selepas ini,” katanya.

Taib menerusi majlis itu juga mengumumkan peruntukan bernilai RM100,000 untuk Rumah Kerapa Spak bagi membaikpulih bekalan air gunung yang sedia ada pada masa sekarang.

Rumah Panjang Kerapa Spak, Betong yang dihuni sejumlah 42 buah keluarga ini merupakan golongan penduduk pertama di Malaysia yang mendapat bekalan elektrik 24 jam menerusi kemudahan SHS.

Projek penyediaan kemudahan SHS Rumah Panjang Kerapa Spak, Betong yang menelan bernilai RM4.5 juta itu merupakan hasil tanggungjawab sosial korporat syarikat IBC Solar Teknik Sdn Bhd (IBC) dan Carbon Capital Corporation Sdn Bhd (CCC).

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Perancangan Sumber II, Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif IBC Solar AG dari Jerman, Udo Mohrstedt, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Carbon Capital Corporation Sdn Bhd, Dato’ Ir Haji Wahab Suhaili dan para menteri muda dan ketua jabatan kerajaan di sini.

Tamat

No comments:

Post a Comment