Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 July, 2010

Projek pembangunan bukan gula2 politik - Harden


Caption: RASMI...Harden (tiga kanan) sambil diapit oleh Latip (kiri beliau) bersama ketua kaum yang lain ketika memotong kek sebagai tanda perasmian majlis berkenaan.

SRI AMAN, Rabu ( 7 Julai) – Jangan mudah buruk sangka terhadap projek pembangunan yang mahu disalurkan oleh kerajaan terhadap rakyat selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menurut beliau terhadap pihak tertentu yang bertindak menghasut rakyat dengan mendakwa bahawa perlaksanaan projek pembangunan oleh Barisan Nasional (BN) di kawasan mereka hanya merupakan gula-gula politik menjelang pilihan raya.

“Dakwaan itu tidak benar. Selepas pilihan raya pun kerajaan BN masih tetap melaksanakan kewajipan mereka untuk rakyat dengan melaksanakan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

“Kerajaan yang sedia ada sekarang adalah merupakan pilihan rakyat ketika berlangsungnya pilihan raya sebelum ini. Justeru sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membangunkan hidup mereka dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Harden berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Info Bestari anjuran Jabatan Penerangan Daerah Sri Aman dengan kerjasama Komuniti Bestari Munggu Deman bertempat di Rumah Romeo Serit, Munggu Demam, Batu Lintang, Sri Aman petang kelmarin.

Selain itu beliau juga menasihatkan rakyat agar tidak menolak segala projek pembangunan yang mahu disalurkan oleh pihak kerajaan BN di kawasan mereka pada masa akan datang.

“Sebab itulah jangan mudah mendengar cakap pihak tertentu. Rakyat dari kawasan yang menerima projek pembangunan BN lebih cepat mahu berbanding dengan rakyat yang menolak projek terbabit.

“Mereka kemudiannya cemburu melihat rakyat kawasan lain yang sudah maju dengan pesat. Justeru saya meminta rakyat agar memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara ini sebelum bertindak menolak projek pembangunan dari kerajaan,” katanya.

Harden menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Romeo Serit untuk kegunaan mereka.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Abdul Latif Shamshuddin, Pemanca Samuel Lawen, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Penghulu Jacob Chendan, Penghulu Brinku Busang dan para ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment