Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 July, 2010

Program Nur Bestari di Engkilili


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta merakamkan gambar kenangan bersama pihak penganjur pada majlis itu.

ENGKILILI, Khamis (15 Julai) - Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sarawak, Kawasan Parlimen (P.203) Lubok Antu dengan kerja sama Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Program Nur Bestari di Dewan Serbaguna Lubok Antu hari ini.

Program yang bermula jam 8 pagi itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kaum wanita terutama sekali yang berada di kawasan luar bandar tentang isu terkini yang berkaitan dengan kesihatan wanita.

“Program Nur Bestari ini telah dihadiri seramai 210 orang peserta dari daerah kecil Engkelili dan Lubok Antu ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kesedaran dikalangan peserta tentang isu terkini masalah kesihatan wanita.

“Selain itu program ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kepekaan jantina dan keupayaan peserta menghayati isu-isu pembangunan dari perspektif jantina masing-masing,” kata jurucakap penganjur ketika ditemui pada program itu.

Selain itu Program Nur Bestari katanya juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman megenai prosedur, hak, akta serta aspek perundangan yang berkaitan dengan wanita.

Justeru diharap Program Nur Bestari ini katanya dapat memberi pendedahan kepada wanita mengenai struktur, fungsi, jentera pentadbiran mekanisme penyelarasan serta perlaksanaan program pembangunan wanita dan keluarga peringkat negeri selepas ini.

Terdahulu antara topik-topik kesihatan yang dibincangkan menerusi program ini ialah Wanita Dan Penyakit Kelamin di Kalangan Wanita, Kepentingan Pemeriksaan Payu Dara dan Kepentingan Membuat Pemeriksaan Pap Smear.

Selain itu satu sesi dialog juga turut diadakan bersama para hadirin untuk membincangkan masalah-masalah yang diutarakan oleh mereka. Aktiviti terus dijalankan pada waktu petang dengan para hadirin membuat ujian Pap Smear di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Engkelili sehingga jam 5 petang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment