Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 July, 2010

Program Celik IT di Library Betong


Caption: CELIK IT...Sebahagian daripada penduduk Betong yang melibatkan diri dalam Program Celik IT di Perpustakaan Awam, Majlis Daerah Betong di sini baru-baru ini.


BETONG, Rabu (21 Julai) – Seramai 100 orang kanak-kanak, remaja, dewasa dan Warga Emas mengikuti Program Celik IT (Internet) bertempat di Perpustakaan Awam, Majlis Daerah Betong di sini baru-baru ini.

Program Celik IT yang berlangsung di Perpustakaan Awam, Majlis Daerah Betong ini adalah merupakan anjuran pihak Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong.

Pegawai Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong, Abang Kamarul Azlan bin Haji Abang Aing berkata program ini bertujuan untuk memperkenalkan tentang betapa jauhnya kepentingan IT pada zaman ini.

“Pemilihan peserta untuk tujuan Program Celik IT ini telah dilaksanakan secara rawak oleh pihak kita bagi menyedarkan penduduk Betong akan betapa pentingnya penguasaan mereka terhadap bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) pada masa sekarang.

“Justeru pihak Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong akan terus melaksanakan program ini pada setiap bulan bagi mencapai matlamat komuniti celik IT di Betong pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu pihak Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong juga telah merancang dan mencadang pelbagai jenis program untuk menjayakan lagi usaha kerajaan bagi mewujudkan komuniti celik IT di Betong.

“Program Celik IT mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penduduk Betong. Atas alasan ini pihak Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong akan menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment