Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2010

PPWS Sri Aman lawat projek ikan keli bio di Simunjan



Caption:

1. UNTUK ALBUM...Saidah (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama ahli PPWS ketika mengadakan lawatan ke Simunjan.

2. INGIN TAHU...Ahli PPWS Daerah Sri Aman sedang meninjau tapak penternakan Ikan Keli Bio milik Abang Naim di Simunjan.

SIMUNJAN, Isnin (19 Julai) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Sri Aman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak Penternakan Ikan Kelia Bio yang diusahakan oleh Aida Enterprise di Simunjan kelmarin.

Lawatan sambil belajar tapak Penternakan Ikan Bio, Simunjan ini telah diketuai oleh Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman iaitu Saidah Saibi bersama dengan 30 orang ahli perkumpulan yang lain.

Saidah ketika ditemui memberitahu lawatan ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi pengalaman dan pengetahuan ahli rombongan PPWS Daerah Sri Aman berhubung proses perternakan Ikan Bio selama ini.

“Lawatan ini merupakan satu peluang bagi pihak PPWS Daerah Sri Aman untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai projek penternakan Ikan Keli Bio dengan mudahan ilmu terbabit dapat dimanfaat oleh ahli kita selepas ini.

“Justeru saya berharap agar semua ahli PPWS Sri Aman dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu sebaik mungkin. Ia merupakan peluang bagi kaum wanita untuk menaikkan status ekonomi masing-masing di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu kehadiran rombongan PPWS Daerah Sri Aman telah disambut oleh Pengurus Syarikat Aida Enterprise, Abang Naim bin Abang Pauzi yang seterusnya memberikan taklimat ringkas terhadap mereka mengenai penternakan Ikan Keli Bio di kediaman beliau.

Selain itu rombongan terbabit juga telah berkesempatan mengadakan perlawanan bulu tangkis persahabatan dengan para ahli PPWS Daerah Simunjan yang diketuai oleh pengerusinya, Saaniah binti Haji Kahar di Dewan Mesra, Simunjan.

Para rombongan juga sempat melawat kawasan Pekan Simunjan sebelum dipelawa makan tengahari di perkarangan kediaman Syarikat Aida Enterprise oleh Abang Naim sekeluarga dengan menu utama ikan keli.

Turut serta pada lawatan tersebut ialah pengerusi Kawasan PPWS kawasan Sri Aman iaitu Nur Khatijah Abdullah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment