Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 July, 2010

PPD Betong adakan majlis perpisahan


Caption: SELAMAT BERTUGAS...Mahli (Kiri) menyerahkan sijil Penghargaan kepada Kambli (Kanan) sambil disaksikan oleh Vevien (tengah) pada majlis itu.

BETONG, Selasa (20 Julai) – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan dua orang orang kakitangan pejabat terbabit yang telah berpindah tempat tugas di Dewan Serbaguna PPD Betong kelmarin.

Dua orang kakitangan PPD Betong terbabit ialah Ketua Unit Perkhidmatan dan Perjawatan, Haji Kambli bin Haji Zulkifli dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah, Noraini binti Haji Alli.

Jurucakap majlis memberitahu kedua-dua kakitangan PPD Betong berkenaan telah berpindah tugas ke tempat kerja yang baru iaitu PPD Saratok menerusi surat pengesahan yang berkuatkuasa pada 1 Jun lepas.

“Kambli akan diganti oleh Nasir bin Len yang sebelum ini memegang jawatan Penyelia KGSK di PPD Betong manakala Hajah Aiwan @ Noraini pula akan diganti oleh Junaidi bin Saleh dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine Betong.

“Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kambli dan Hajah Aiwan di atas sumbangan mereka terhadap PPD Betong semenjak bertugas di sini pada tahun 2006 lepas,” menurut beliau.

Terdahulu Pegawai PPD Betong, Mahli bin Rosli menerusi ucapannya pada majlis itu memberitahu penjawat awam harus bijak mencari peluang untuk memohon pertukaran tempat kerja selepas ini.

“Dengan peluang yang ada maka mereka berdua dapat berpindah ke tempat mereka sendiri walaupun beberapa kali mereka pernah memohon untuk balik ke Saratok sebelum ini.

“Bagaimanapun pihak kita berharap agar kedua-dua mereka (Hambli dan Aiwan) dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman bekerja yang mereka peroleh di sini untuk membantu PPD Saratok memacu pendidikan ke tahap lebih tinggi di Saratok pada masa akan datang,” katanya.

Majlis ringkas tetapi penuh bermakna tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Betong Vevien anak Mujah bersama Nasir bin Len, Junaidi bin Saleh kakitangan PPD Betong yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment