Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2010

Pertandingan Badminton Terbuka Bumiputera Sri Aman



Caption: MENARIK...Pihak Morza mengalu-alukan penyertaan penduduk dalam pertandingan badminton bumiputera seperti yang dinyatakan dalam iklan poster ini.


SRI AMAN, Isnin ( 5 Julai ) – Morza Solution Sri Aman akan menganjurkan Pertandingan Badminton Bergu Lelaki Terbuka Bumiputera 2010 bermula 30 Julai hingga 1 Ogos ini nanti.

Jurucakap Morza Solution Sri Aman, Norulshyaidda Haji Mohammed Usup berkata pertandingan yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Ibupejabat Polis Sri Aman itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia dalam negeri ini.

“Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan kepada setiap pasukan yang mahu berentap dalam Pertandingan Badminton Bergu Lelaki Terbuka Bumiputera 2010 bermula dari tarikh yang telah dinyatakan.

“Justeru mereka berminat bolehlah menghubungi pihak kami menerusi talian 083-322910 atau 083-322911 (waktu pejabat) untuk tujuan penyertaan dan juga pertanyaan lanjut berhubung pertandingan berkenaan sebelum tarikh tutupnya iaitu 24 Julai ini nanti,” katanya.

Pasukan yang muncul juara bagi Pertandingan Badminton Bergu Lelaki Terbuka Bumiputera 2010 kata beliau bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 beserta dengan piala kemenangan.

Manakala itu pasukan naib juga kata Norulshyaidda akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM900 beserta dengan piala pertandingan badminton berkenaan.

“Pasukan yang menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Badminton Bergu Lelaki Terbuka Bumiputera 2010 ini pula akan membawa hadiah wang tunai bernilai RM400 dan pingat.

“Pihak Morza juga turut menyediakan hadiah saguhati kepada pasukan tempat ke-4 berupa wang tunai bernilai RM200 dan pingat. Justeru pihak kami mengalu-alukan semua penduduk warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan ini sebelum tarikh tutup pertandingan iaitu 24 Julai kelak,” menurut beliau.

Tamat.

3 comments:

  1. wow...so interested..

    ReplyDelete
  2. tempat ke 2 RM900..

    ReplyDelete
  3. Oh sorry tinggal satu angka

    ok sudah dibaiki hehe

    ReplyDelete