Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 July, 2010

Penduduk Saribas harus bersyukur - Wahbi


Caption: PENGHARGAAN...Wahbi (tengah) menerima cenderamata daripada Resat ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.


DEBAK, Isnin (12 Julai) - Penduduk di kawasan Saribas harus bersyukur kerana kestabilan politik yang berorientasikan pembangunan mampu menaiktarafkan kehidupan rakyat di sini selama ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata ia jelas terbukti apabila daerah Saribas telah ramai melahirkan golongan cerdik pandai sehingga ada diantara mereka yang memegang jawatan penting jabatan kerajaan mahupun swasta.

“Bagaimanapun saya merasa terkilan terhadap sikap beberapa orang indivdu tertentu yang terus menafikan semua fakta ini terutama sekali tentang hal pembangunan kawasan Saribas yang mula membangun pada masa sekarang.

“Lagipun kawasan Saribas mula pesat membangunan dibawah pimpinan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di mana sejumlah RM76 peruntukan telah dilulus bagi menambah baik infrastruktur, bekalan air bersih dan juga kebajikan rakyat miskin,” kataya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Betong di Dewan Lakid dalam daerah kecil Debak, Betong baru-baru ini.

Selain itu Wahbi juga menasihatkan rakyat dari kawasan Saribas terutama sekali dari Kampung Debak supaya menitik beratkan perpaduan tanpa mengira rupa, bangsa dan keturunan.

“Saya berasa bimbang apabila terdapat rakyat di kawasan Saribas yang mula berpecah belah disebabkan oleh sikap ego diri, sombong dan tidak hormat-menghormati sejak akhir-akhir ini.

“Walaupun kes seumpama ini hanya terpencil namun ia boleh menular ke lain-lain kampung dalam kawasan Saribas. Adalah ia amat bahaya sekiranya ia tidak dibendung pada peringkat awal yakni situasi boleh diekplotasi oleh pihak tertentu yang bencikan perpaduan,” katanya.

Terdahulu beliau menerusi bengkel penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berlangsung di Kampung Bungin, Spaoh telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada beberapa buah ranting PBB di kawasan Saribas yang telah membuka Tabung Khairat sebelum itu.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Sarawak, Resat Salleh, Pegawai Tadbir Debak, Dr James Nuing, Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Bungin (tengah) iaitu Haji Abang Morni Haji Abang Ahmad dan kakitangan jabatan kerajaan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment