Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 July, 2010

Pelajaran agen perubahan - Jelaing



Caption:

1. TAHNIAH...Jelaing ketika menyampaikan Anugerah Khas Guru kepada Sigat sambil disaksikan tetamu undangan khas yang lain pada majlis itu.

2. SELAMAT HARI GURU...Jelaing (tengah) sedang menyempurnakan upacara memotong kek sambil diiringi oleh (dari kiri) Mahli, Daud dan Alexander pada majlis berkenaan.

BETONG, Isnin (12 Julai) – Pendidikan merupakan faktor penting bagi membolehkan setiap individu bersedia untuk menerima segala perubahan dalam diri masing-masing selepas ini demikian menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat.

Justeru ibubapa dan guru katanya harus berusaha dengan lebih gigih untuk memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak agar mereka mampu menghadapi segala perubahan pada zamana kan datang.

“Bagaimanapun masih terdapat segelintir orang yang takut kepada perubahan. Ini kerana kerana golongan tersebut tidak pasti apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi perubahan di sekeliling mereka.

“Keadaan inilah yang patut kita elakkan dan pada pendapat saya para guru menerusi haruslah memberi keyakinan kepada murid pada ibubapa serta warga sekolah untuk bersedia menghadapi perubahan di sekeliling masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Bahagian Betong 2010 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong dan PPD Saratok di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok kelmarin.

Selain itu kerajaan kata Jelang telah melaksana empat program untuk mencorak pembangunan negara antaranya ialah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Government Transformation Program (GTP), Modul Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10.

“Ia merupakan langkah holistik oleh kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan bermula dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya sambil menambah kerajaan akan menyediakan infrastruktur pengajaran terbaik bagi mempastikan kualiti guru mencapai tahap yang sewajarnya.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli Rosli, Daud, Pegawai Pelajaran Daerah Saratok, Daud Mohammad dan Pengetua SMK Saratok, Alexander Juing. Seramai 500 orang guru dan warga pendidik telah hadir untuk bersama-sama untuk meraikan majlis berkenaan.

Turut diadakan pada majlis itu penyampaian sejumlah 39 buah anugerah kecemerlangan sekolah bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada sekolah rendah di kawasan daerah Saratok manakala 30 buah anugerah lagi disampaikan kepada sekolah rendah di daerah Betong.

Jelang turut menyampaikan Anugerah Khas Guru kepada Sigat anak Sang daripada SMK Datuk Patinggi Kedit Betong. Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah 11 orang guru yang telah dan akan bersara pada tahun ini.

Penyampaian Program Dermasiswa BAKTI kepada 15 orang pelajar dari 2008 – 2010 turut disampaikan manakala sumbangan isteri-isteri menteri berjumlah RM600 seorang telah disampaikan oleh Catherine Cheng.

Tamat.

No comments:

Post a Comment