Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 July, 2010

Manfaatkan kemudahan Perpustakaan Jalur Lebang di Betong



Caption:

1. LENGKAP...Beberapa buah set komputer Destop disediakan untuk para pengguna yang datang untuk mempelajari IT di PJL Betong.

2. CANTIK...Keadaan ruang legar utama Perpustakaan Majlis Daerah Betong yang menempatkan kemudahan PJL.

BETONG, Jumaat ( 9 Julai) - Penduduk di kawasan Betong khusus sekali para belia digalak untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang terdapat di Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) Bahagian Betong.

Pegawai bertugas PJL Betong, Abang Kamarul Azlan Bin Abang Haji Aing ketika ditemui memberitahu kemudahan yang terletak di Perpustakaan Awam, Majlis Daerah Betong ini ditubuhkan demi mencapai matlamat celik IT (internet) dikalangan penduduk Betong khusus sekali para belia di masa akan datang.

“PJL atau Comunity Broadband Betong telah di tubuhkan pada 11 Jun 2007. Ia adalah merupakan satu pendekatan daripada pihak kerajaan dalam merapatkan lagi jurang digital dikalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT kawasan Betong.

“Justeru penubuhan PJL Bahagian Betong ini diharapkan agar mampu mendedahkan golongan penduduk khusus sekali para belia dengan pelbagai maklumat dalam merentas era teknologi ICT selepas ini,” menurut beliau.

Semenjak PJL Betong ditubuhkan pada tahun 2007 katanya banyak aktiviti telah dilaksanakan sepanjang beroperasinya kemudahan terbabit antaranya ialah melatih kanak-kanak, remaja, dewasa dan Warga Emas untuk menguasai serta fasih dalam penggunaan komputer dan ICT.

Penguasaan golongan berkenaan terhadap penggunaan internet dan komputer yang disediakan secara percuma di PJL Betong sambil dilengkapi dengan Jalur Lebar ( WiFi ) itu menurut beliau adalah amat penting agar penduduk Betong tidak ketinggalan dalam menguasai teknologi terbabit selepas ini.

Oleh yang demikian yang ingin tahu lebih lanjut tentang kemudahan PJL Betong kata Kamarulzaman boleh dipelawa untuk menghubungi beliau sendiri di talian 083-471508 dan 083-472791 atau melayari laman web www.pjl.com.my.

Terdahulu projek penyediaan kemudahan Perpustakaan Jalur Lebar Betong ini adalah merupakan inisiatif daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad.

Operasi PJL bahagian Betong dibuka kepada orang ramai dari kawasan Betong dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang bermula dari hari Isnin hingga hari Jumaat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment