Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 July, 2010

Kempen Anti Denggi dan Gotong Royong di Kejatau 24 Julai



Mugshot: JACK AMAN LUAT


SRI AMAN, Khamis (15 Julai) – Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan menganjurkan Kempen Anti Nyamuk dan Gotong-Royong bertempat di Kampung Sri Wangi, Jalan Kejatau, Sri Aman pada hari Sabtu (24 Julai) ini.

Setiausaha MDSA, Jack Aman Luat menerusi kenyataan berita memberitahu kempen terbabit bertujuan untuk mendidik penduduk tentang betapa pentingnya aspek penjagaan kebersihan di kawasan masing-masing selepas ini.

“Menerusi kempen ini pihak majlis mahu penduduk untuk mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing demi membendung pembiakan nyamuk Aedes di penempatan masing-masing.

“Jika sarang pembiakan nyamuk Aedes dalam kawasan penempatan masing-masing tidak dibendung dengan segera maka penduduk akan terdedah kepada risiko serangan wabak Demam Denggi di masa akan datang,” katanya.

Kempen Anti Nyamuk dan Gotong-Royong yang akan bermula pada jam 9 pagi itu katanya juga bertujuan untuk mencantik serta memperindahkan kawasan penempatan penduduk berkenaan.

Kempen ini secara tidak langsung menurut Jack akan menaikkan lagi imej kebersihan di kalangan penduduk Kampung Sri Wangi, Jalan Kejatau dan seterusnya menarik minat penduduk dari lain-lain penempatan untuk menjaga kebersihan kawasan masing-masing selepas ini.

“Kempen Anti Nyamuk dan Gotong-Royong ini akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis. Justeru penduduk Kampung Sri Wangi diminta hadir bagi menjayakan kempen terbabit,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment