Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 July, 2010

Kecut depan pembangkang, berani depan BN - Mong


Mugshot: MONG ANAK DAGANG

SRI AMAN, Rabu (14 Julai) – “Ada penduduk yang berani buka mulut depan Barisan Nasional (BN) tetapi tutup mulut di hadapan pihak pembangkang,” kata Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang.

Beliau meluahkan perkara ini ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2010 bertempat di Rumah Dobi, Sekiraw Tengah, Tanjung Bijat, Sri Aman hari ini.

Katanya ada penduduk yang berani memarahi pihak BN secara terbuka atas isu tertentu ketika berlangsungnya majlis namun bertindak ‘kecut perut’ ketika pihak pembangkang hadir menemui mereka.

“Yang amat menghairankan saya ialah benda yang ‘jahat’ daripada pihak pembangkang mereka mahu dengar namun yang baik daripada kerajaan (BN) pula mereka hanya endahkan.

“Perkara ini tidak wajar berlaku. Jika begitu mengharapkan pihak pembangkang mengapa pula penduduk itu tidak mengarahkan pihak berkenaan membina jalan raya di kawasan mereka ?” katanya.

Penduduk kata Mong seharusnya menghargai pelbagai sumbangan pembangunan yang telah pihak BN lakukan untuk mereka dan bukannya sekadar hanya tahu memaki hamun kerajaan kerana masalah kecil.

Jika penduduk tidak memikirkan dengan sedalamnya masa depan mereka selepas ini kata beliau nescaya masa depan pembangunan mereka akan tergugat apabila mereka bertindak menyokong pihak pembangkang pada pilihan raya kecil ini nanti.

“Lupakan hal saudara mara ketika mengundi pada pilihan raya negeri kelak kerana undi anda hanya menentukan siapa bakal pemimpin kawasan anda selepas itu. Mengundi kerana faktor saudara mara nyata tidak mengambarkan komitmen masing-masing untuk masa depan hidup,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal (JASA) kawasan Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Penghulu Tinggi anak Nyandang, Pengerusi Persatuan Budaya Iban Sri Aman, Johnatan Isau Jangan, para ketua kaum dan penduduk di sini.

Mong menerusi majlis itu telah meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM6,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Dobi, RM2,000 untuk Biro Wanita Rumah Dobi dan RM4,000 kepada Persatuan Tuai Rumah Tanjung Bijat Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment