Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 July, 2010

Jangan dengar cakap Panglima Kedai Kopi


Caption: 1MALAYSIA...Dr Rayong (tengah) sedang menerima cenderamata daripada Tr Kujat (kiri sekali) sambil memunjukkan tanda 1 Malaysia pada dalam majlis itu.

ENGKILILI, Isnin ( 5 Julai) – Individu yang suka memburukkan kerajaan dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kedai kopi haruslah dilabelkan sebagai Panglima Pak Kopi selepas ini demikian menurut sindiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Ini kerana Panglima Pak Kopi terbabit menurut beliau suka menegakkan ‘benang yang basah’ ketika bersembang bersama rakan di kedai kopi sambil mendakwa pihak BN salah dalam semua hal politik dan pembangunan di negara ini.

“Orang ini akan menegakkan fakta yang mengatakan BN salah belaka dalam semua hal. Dia mendakwa menyatakan semua fakta yang benar mengenai kegagalan BN dihadapan rakan ahli politik kedai kopi yang lain.

“Lagipun Panglima Pak Kopi ini juga petah bercakap dan menghasut rakyat terutamanya di kawasan pedalaman agar menentang kerajaan BN semasa tiba setiap pilihanraya negeri mahupun pusat,” menurut beliau.

Justeru Rayong menasihatkan rakyat di kawasan pedalaman agar jangan mudah terpengaruh dengan hasutan daripada golongan ‘Panglima Pak Kopi’ yang hanya menjadi jaguh di kedai kopi selama ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Program 1Malaysia anjuran Komuniti Bestari Selindung Ulu dengan Kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman di Rumah Kujat Kandang, Ijok Ulu, Batang Lupar, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu ketua kaum kata Rayong juga harus melaksanakan peranan yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kelancaran pembangunan negeri dari masa ke semasa.

“Ketua kaum juga perlu lebih aktif bergaul dengan ketua jabatan kerajaan demi memudahkan pelbagai urusan yang perlu dilaksanakan terhadap penduduk tempatan di kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Terdahulu Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 makalala RM5,000 dari Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak JKKK Kujat, Ijok Ulu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment