Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 July, 2010

Gereja Saint Stephen Pantu rai Hari Wanita Anglican Sedunia 2010


Caption: UNTUK ALBUM...Philip (tengah) ketika merakamkan gambar kenang-kenangan bersama ahli Persatuan Wanita Anglican Gereja Saint Stephen Pantu ketika berlangsungnya sukaneka terbabit.

PANTU, Isnin (12 Julai) – Gereja Saint Stephen, Pantu telah meraikan sambutan Hari Wanita Anglican Sedunia 2010 menerusi aktiviti sukaneka bertempat yang berlangsung di gereja berkenaan baru-baru ini.

Paderi menguasa Gereja Saint Stephen Pantu, Philip Mang berkata Hari Wanita Anglican Sedunia 2010 ini adalah merupakan anjuran Persatuan Wanita Anglican Gereja Saint Stephen Pantu.

“Hari Wanita Anglican Sedunia 2010 disambut untuk sepanjang bulan ini (Julai) bagi memperingati peristiwa pertemuan Saint Mary dan Elizabet sebelum kelahiran Jesus Christ serta John Pembaptis.

“Justeru Persatuan Wanita Anglican Gereja Saint Stephen Pantu telah menganjurkan aktiviti sukaneka bersempena dengan Hari Wanita Anglican Sedunia 2010 bertempat di gereja ini,” katanya.

Selain itu Philip juga menasihatkan semua ahli Persatuan Wanita Anglican Gereja Saint Stephen Pantu untuk saling bekerjasama disamping memberi peransang dalam kalangan diri masing-masing selepas ini.

Malahan setiap ahli Persatuan Wanita Anglican Gereja Saint Stephen Pantu katanya perlu menunjukkan teladan dan sikap yang baik menurut ajaran Kristian terhadap lain-lain penduduk dari masa ke semasa.

“Maka diharap agar aktiviti sukaneka bersempena dengan sambutan Hari Wanita Anglican Sedunia 2010 dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara ahli persatuan dan penduduk selepas ini,” katanya.

Antara acara sukaneka yang membabitkan penyertaan kanak-kanak dan orang dewasa itu ialah tarik tali lelaki dan wanita, makan roti dengan kopi, tiup belon, cari gula batu dalam tepung, isi air dalam botol dan cucuk benang.

Sambutan Hari Wanita Anglican Sedunia 2010 yang berlangsung di Gereja Saint Stephen Pantu dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu telah dihadiri seramai 100 orang penduduk Kristian di Pekan Pantu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment