Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2010

Gereja dan masjid perlu adakan aktiviti sosial - Harden

Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

SRI AMAN, Isnin (19 Julai) – Institusi keagamaan seperti gereja atau masjid digalak untuk menganjurkan lebih banyak program atau aktiviti yang berkaitan aspek moral dikalangan golongan belia di masa akan datang.

Menter Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata gereja atau masjid memainkan peranan penting bagi mengelak golongan belia terjebak dalam aktiviti sosial tidak sihat pada masa sekarang.

“Kebelakangan ini sangat banyak aktiviti kurang bermoral seperti menghidu gam, pengambilan dadah, jenayah, gengsterisme dan seks rambang dilaporkan berlaku dikalangan belia kita pada masa sekarang.

“Kerajaan telah mengadakan pelbagai program bagi menangani isu ini. Namun saya yakin ia mampu memberi kesan menyeluruh sekiranya gereja dan masjid turut sama menganjurkan program sosial yang membabitkan belia selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Tengahari sempena Sambutan Ulangtahun Ke-50 Sing Eng Methodist Church Sri Aman di sebuah restoran tempatan dalam bandar Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu semua kaum kata Harden perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum atau kelompok mereka sendiri selepas ini.

“Malaysia adalah negara untuk semua penduduk berbilang kaum. Justeru kesetiaan terhadap agama perlu diutama agar semua penduduk dapat merasai nikmat pembangunan yang mereka kecapi daripada kerajaan di masa akan datang,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Presiden Methodist Of Sarawak Chinese Annual Conference, Reverend Dato Dr Su Chi Ann, Reverend Ung Geok Hiong, Pastor Koh Nian Chu, Pastor Moh Chiu Yon dari Sing Eng Methodist Church Sri Aman dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment