Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2010

Chee Chuan Khor Simanggang bantu keluarga miskin





Caption:

1. DAIF...Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang ketika merakamkan gambar kenangan bersama keluarga daif di sini.

2. IKHLAS...Tay sedang menyampaikan sumbangan berupa tilam kepada Haslinda sambil disaksikan oleh ahli Chee Chuan Kor yang lain.

SRI AMAN, Isnin (19 Julai) – Kedaifan hidup seorang ibu bersama tujuh orang anak dari kawasan penempatan belakang kawasan Jirat (kubur) Cina, Jalan Sabu, Sri Aman nyata mendapat perhatian pihak Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang sebelum ini.

Terdahulu Haslinda binit Jawawee bersama tujuh orang anak yang berumur antara tujuh hingga 15 tahun tinggal di sebuah rumah kosong dalam kawasan tanah milik orang lain semenjak ditinggalkan oleh suami beberapa tahun lepas.

Nasib keluarga malang ini mula mendapat perhatian Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang apabila seorang penduduk melaporkan perkara berkenaan kepada Ketua Pemuda persatuan terbabit iaitu Tay Yew Hock pada tahun lepas.

“Tay yang dimaklumkan oleh rakanya berhubung perkara ini kemudiannya bertindak dengan memberitahu Sekysen Kebajikan Sekysen Kebajikan Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang untuk tujuan tindakan lanjut.

“Hasilnya pihak Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang telah bertindak menghulurkan bantuan berupa sekampit beras sebulan kepada keluarga Haslinda ini semenjak enam bulan yang lalu,” kata Pengerusi Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng.

Selain itu Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang kata beliau juga turut menyumbang bahan binaan kepada keluarga terbabit bagi membantu memperbaiki semula ruang atap yang bocor ketika berlangsung hujan selama ini.

Malahan pihak persatuan menurut Kuek juga turut membantu membaikpulih ruang rumah dan juga tangga yang didapati rosak untuk keselesaan Haslinda bersama tujuh orang anaknya selepas ini.

Penolong seksyen pemuda, Su Hua Kwong telah membantu menguruskan hal-hal membaikpulih rumah ini. Kita juga turut menyumbang lain-lain barangan keperluan asas termasuk tilam untuk kegunaan keluarga malang berkenaan,” menurut beliau.

Justeru Kuek berharap agar orang ramai turun padang untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga Haslinda demi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka di masa akan datang.

“Mereka boleh menghubungi saya sendiri di talian 019-8888155 jika ingin tahu lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

Tamat.

13 comments:

  1. saya terlalu sedih melihat penderitaan haslinda kerana dia adalah sahabat karib saya semasa dibangku sekolah (form5-1989) di muar.-"KUNTUM"

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Linda...kenapa ko jauh sangat terdampar kat Sarawak? Balik Muar aje le....minta bantuan JKM atau ahli politik kat kawasan tu!!!

    ReplyDelete
  4. kalau lah busu beritahu kami apa yang sebenarnya, takkan jadi begini..

    eda, muar.

    ReplyDelete
  5. Busu, sampai macam ni kau bawak diri...kami sedang usahakan jejak busu sampai jumpa dan bawa semuanya balik muar. Sabar ya busu,Insyaallah kita akan ditemukan kembali. Amin.

    ReplyDelete
  6. terimakasih kpd prt chee chuan khor simanggang krn budi mulia anda semua membantu tanpa mengira bangsa,saya amat menghargainya,kepada busu buanglah yg keruh ambillah yg jernih,klrga di muar tidak pernah mbuang busu..kembalilah kpd kami...angah@famili di kg

    ReplyDelete
  7. linda semoga kau selamat dan di pertemukan dgn saudara mara mu di muar..amin

    ReplyDelete
  8. Kepada rakan Haslinda.

    saya boleh bantu siarkan komen dan hasrat anda untuk bawa kembali Haslinda pulang ke Muar, Johor di akhbar tempatan kami iaitu Utusan Sarawak.

    Sila mail butir nama penuh anda, gambar dan no telefon ke mail : ceritasriaman@gmail.com

    Jika anda mahu, saya boleh tolong siarkan. Tinggalkan apa-apa komen yang patut untuk bawa Haslinda pulang.

    Thanks for viewing my blog.

    ReplyDelete
  9. saya harap para para keluarga dapat membantu haslinda utk membawanya pulang ke muar.....jgn bg haslinda tanggung perkara ini seorang diri....tolong lah bagi bantuan.....

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kpd Utusan Sarawak dan sriamannews yang telah mempaparkan kisah Haslinda dan keluarganya....JKM Sri Aman telahpun bagi bantuan untuk anak2 Linda RM450 sebulan dan JKM berharap ada keluarga yg akan membantu memujuk Linda mengubah kehidupannya dan tinggal di Johor. Keluarga ramai di Semenanjung..JKM Sri Aman akan sedia membantu menemukan Linda dengan ahli keluarganya!! Hubungi JKM Sri Aman-083 322260

    ReplyDelete
  11. kepada haslinda..buangkan pepatah 'daun selasih hamba lurutkan, kerana kasih hamba turutkan' keluarga adalah segalanya buat kita..walau apa berlaku, walau dimana kita berada..yg buruk dari kita..yang baik dari Yang Esa..

    ReplyDelete
  12. lin..masih ada sinar untuk kau. balik la ke semenanjung. aku dan kawan2 masih sayangkan kau lin...patutlah..hati aku terdetik2 nak mencari kau selama ini.

    sahabatmu:
    sulaziah kasmuri (YG KAU PANGGIL KUNTUM)

    ReplyDelete