Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2010


Caption: UNTUK ALBUM...Kanak-kanak Tadika bersama ibubapa, guru dan jururawat Hospital Betong ketika bergambar kenangan dalam lawatan berkenaan.

Saleman Senin

BETONG, Khamis – Seramai 38 orang murid Tabika Kemas Kampung Tengah Betong melibatkan diri dalam aktiviti lawatan sambil belajar ke Hospital Bahagian Betong di sini hari ini.

Lawatan sambil belajar ke Hospital Bahagian Betong yang turut disertai dua orang guru dan tujuh orang ibu dan bapa murid itu merupakan salah satu daripada aktiviti yang terkandung dalam takwin tadika berkenaan.

Menerusi aktiviti ini rombongan Tabika Kemas Kampung Tengah Betong telah dibawa melawat ke pusat Hemodialisis, Klinik Pergigian, Pejabat Am, Wad orang Dewasa, Fisioterapi, Dewan Bedah, Farmasi, Makmal, X-Ray serta bilik Kecemasan dan kemalangan.

Selain itu juga mereka turut didedahkan kepada profesion yang ada di hospital antaranya ialah Doktor, Doktor Gigi, Juruteknik Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat, Jururawat, Jururawat Masyarakat, Pembantu Farmasi, Juru X-Ray dan lain-lain jawatan yang ada di jabatan berkenaan.

“Pendedahan awal sebegini sekurang-kurangnya perlu sebagai asas untuk mereka mempelajari sesuatu sebagai pengenalan dalam mendidik mereka menjadi seorang yang berpengetahuan dan berpendidikan luas.

“Ia juga boleh dijadikan inspirasi kepada mereka suatu masa kelak. Hasil Lawatan yang diterima kebanyakannya menjurus kepada pencegahan penyakit dengan memberi asas awalannya bermula daripada Konsep Pemakanan Yang Sihat,” kata jurucakap penganjur program.

Terdahulu program lawatan ke Hospital Bahagian Betong ini telah dijayakan dengan Valentine Dendan menjadi juru tunjuk kepada kanak-kanak, guru ibubapa dari Tabika Kemas Kampung Tengah Betong.

Rombongan berkenaan menerusi lawatan ke pusat Hemodialisis itu turut mempelajari fungsi buah pinggang sebagai agen penapis kotoran dalam darah dan tentang pemakanan yang sihat.

Lawatan mereka ke klinik pergigian juga memberi penekanan tentang fungsi gigi dan keperluan asas gigi dan mengenali tentang gigi seterusnya cara-cara penjagaan gigi yang betul. Mereka juga turut diberi latihan amali tentang cara-cara mengosok gigi dengan betul.

Tamat.

No comments:

Post a Comment