Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 July, 2010


Caption: MANFAATKAN...Harden sedang menyampaikan wang insentif kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh (dari kiri) Geoffery, Tr Jantong dan Rickson ketika berlangsungnya majlis itu.

oleh Rosita Apong,

RTM Sri Aman

SRI AMAN, Isnin (19 Julai) – Banyak pelan cadangan projek pembangunan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang kini telah dihantar kepada kerajaan bagi tujuan kelulusan.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata pelan cadangan projek ini termasuklah projek penyediaan bekalan air bersih, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan jalan raya untuk penduduk dalam kawasan DUN terbabit.

“Bagaimanapun kesemua pelan mengenai cadangan untuk membina kemudahan asas terbabit bergantung sepenuhnya kepada peruntukan yang kerajaan ada untuk meluluskan projek berkenaan.

“Justeru saya meminta penduduk dalam kawasan DUN Simanggang untuk terus sabar sementara menantikan kelulusan kesemua projek berkenaan selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga ADUN N.27 Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Bersama Rakyat di Rumah Edward Jantong, Sebujok, Undop Batu Lintang, Sri Aman hari ini.

Kata Harden keutamaan bagi menyediakan kesemua projek pembangunan ini dilakukan berdasarkan kepada keperluan terpenting penduduk dalam kawasan pelan cadangan pembangunan terbabit.

Beliau yakin bahawa penduduk akan dapat menaiktaraf hidup masing-masing dalam tahun yang akan datang sejajar dengan fokus kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Ia merupakan usaha komited daripada pihak kerajaan untuk menaiktaraf hidup penduduk luar bandar sejajar dengan perlaksanaan konsep 1Malaysia iaitu Rakyat Diutamakan, Pencapaian Didahulukan,” katanya,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja naka Ricky Maba dan pegawai dari Pejabat Daerah Sri Aman, SAO Rickson Jau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment