Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 July, 2010

Beza pembangunan dulu dan sekarang, apa kata Tr Jumat, Poh Ai?


Caption: CERIA...Tr Jumat bersama isteri iaitu Josephine Sinong Klambu ketika ditemuramah Utusan Sarawak mengenai hal pembangunan di kawasan Poh Ai baru-baru ini.


SRI AMAN, Jumaat (9 Julai) – Kelulusan peruntukan bernilai RM10 juta untuk membina jalan raya berturap dari kawasan Poh Ai – Melugu sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini nyata menjadi berita gembira untuk penduduk dari kawasan Poh Ai berkenaan.

Malahan tender untuk membina jalan raya berturap sekitar enam batu dari Poh Ai ke Melugu berkenaan telah pun dikeluarkan dan hanya menunggu masa untuk bermulanya projek berkenaan selepas ini.

Untuk itu Utusan Sarawak telah mengambil kesempatan untuk menemuramah Tuai Rumah Jumat Enggat, Poh Ai, Melugu berhubung hal pembangunan ketika berlangsungnya Majlis Penyampaian Bantuan Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) oleh RISDA di situ baru-baru ini.

“Keadaan kemudahan infrastruktur jalan raya di Poh Ai pada zaman tahun 1970-an adalah jauh amat berbeza berbanding dengan tahun 1990-an sebelum kerajaan mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk membina jalan raya di sini.

“Situasinya amat sukar. Jika ingin ke Pekan Simanggang (kini Sri Aman) saya terpaksa memulakan perjalanan bermula dari jam 5 pagi sebelum tiba di sana pada jam 7 malam,” menurut beliau.

Tr Jumat menjelaskan bahawa beliau terpaksa menuju ke kawasan Kubau, Jubit – Manggi, Sutong, Pakit dan Temudok sebelum tiba ke Pekan Simanggang bermula dari jam 5 pagi hingga 7 petang.

Lebih malang beliau terpaksa bermalam di kawasan kaki lima bangunan di Pekan Simanggang pada waktu malam sebelum boleh berangkat pulang ke Poh Ai, Melugu pada waktu sebelah pagi yang kini boleh dihubungi dalam masa 20 minit perjalanan dari Bandar Sri Aman.

Bagaimanapun keadaan hidup penduduk di kawasan Poh Ai katanya mula berubah pada era tahun 1990-an apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) mula membina laluan jalan dari Jalan Sri Aman – Kuching menuju ke Poh Ai, Melugu.

“Berita gembiranya di sini ialah kerajaan telah meluluskan peruntukan bernilai RM10 juta untuk membina jalan raya bertar dari Poh Ai hingga ke Melugu yang sudah semesti sekali akan memudahkan hidup penduduk di sini.

“Justeru terima kasih kepada BN kerana mengambil berat terhadap kebajikan hidup penduduk di kawasan Poh Ai,” katanya sambil menambah bahawa penduduk Poh Ai juga turut menikmati bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air bersih tapisan bermula dari tahun 2002 dahulu.

Majlis Penyampaian Bantuan Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) oleh RISDA di Rumah Jumat Enggat, Poh Ai, Melugu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment