Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 July, 2010

Bawa van naik bukti pakai gear 5

SRI AMAN, Selasa (20 Julai) – Satu peristiwa lucu membabitkan seorang lelaki Warga Emas telah dilaporkan berlaku di jalan berbukit dalam kawasan Bukit Begunan kira-kira 40 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman baru-baru ini.

Peristiwa terbabit kata sumber bermula apabila seorang lelaki Warga Emas telah membeli sebuah kenderaan van terbaru di Kuching untuk dibawa pulang ke Bandar Sri Aman bagi kegunaannya sendiri.

Bagaimanapun ketika lelaki Warga Emas berkenaan cuba memandu kenderaan van mendaki lalun jalan berbukit menuju ke puncak kawasan Bukit Begunan beliau mendapati bahawa kenderaannya meragam tanpa sebab yang diketahui oleh dirinya sendiri.

Beliau yang hairan dan tidak percaya sebab kenderaan barunya tidak mampu mendaki laluan jalan raya menuju ke puncak Bukit Begunan itu kemudiannya bertindak menarik brek di separuh laluan jalan raya tersebut.

Keadaan ini menyebabkan lain-lain kenderaan yang mengekori kenderaan van milik Warga Emas berkenaan bertindak berhenti dan menarik brek kenderaan masing-masing agar tidak mengundur semula ke bawah laluan bukti terbabit.

Beberapa orang pemandu yang mendapatkan pemandu van berkenaan berhubung situasi itu mendapati bahawa lelaki Warga Emas tersebut sebenarnya menggunakan gear kelima ketika mendaki jalan raya menuju ke puncak Bukit Begunan dan bukannya gear pertama atau kedua sepertimana yang digunakan lain-lain pemandu kenderaan sebelum itu.

Ketika ditanya sebab lelaki Warga Emas berkenaan menggunakan gear kelima ketika memandu van ke puncak Bukit Begunan, beliau hanya memberi alasan bahawa gear kelima lebih banyak nilai angkanya berbanding dengan gear pertama dan kedua.

Peristiwa ini menyebabkan beberapa pengguna kenderaan yang lain ketawa dan tidak percaya bagaimana lelaki Warga Emas berkenaan dibenarkan memandu kenderaan van terbabit sebelum ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment