Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 July, 2010

8 pasukan berentap piala harden 3 Julai - 7 Ogos


Caption: PENERANGAN...Saperi (depan kanan) bersama Zaidil (depan kiri) ketika berlangsungnya taklimat ringkas dan cabutan undi untuk Pertandingan Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden anak Hollis malam kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (2 Julai) - Sejumlah lapan buah pasukan mengesahkan penyertaan masing-masing dalam Pertandingan Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden anak Hollis ADUN N.27 Simanggang bermula dari 3 Julai hingga 7 Ogos kelak.

Pertandingan Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden anak Hollis yang dijalankan secara sistem liga berkumpulan ini akan berlangsung di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (KPSU) Sri Aman.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Bahagian Sri Aman (FASA), Zaidil Haji Ripin ketika ditemui berkata lapan pasukan yang bakal berentap dalam pertandingan ini nanti ialah SADIA, RTD QB II, Zaimie Team, PDRM, PRI DEPT, AY 17, Datila FC dan Sokanjaya.

“Pasukan RTD QB II, Datila FC, SADIA dan PDRM akan bersaing dalam Kumpulan A manakala pasukan PRI DEPT, Zaimie Team, AY 17 dan Sokanjaya pula akan berentap dalam Kumpulan B.

“Perlawanan pertama pertandingan ini akan menemukan pasukan RTD DEPT dan Datila FC bermula jam 7.30 pada 3 Julai kelak di padang lama KPSU Sri Aman,” katanya ketika ditemui pada sesi cabutan undi bagi kejohanan terbabit di Rumah MAKSAK Sri Aman malam kelmarin.

Perlawanan separuh akhir bagi pertandingan ini katanya akan berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos depan manakala perlawanan akhir pula akan bermula jam 3.30 petang pada 7 Ogos kelak.

Pasukan yang muncul juara bagi pertandingan terbabit kata Zaidil membawa pulang hadiah Piala Pusingan YB Datuk Francis Harden Hollis, piala iringan, pingat dan hadiah wang tunai bernilai RM1,500.

“Manakala itu pasukan naib juara pula akan membawa pulang piala iringan, pingat dan hadiah wang tunai bernilai RM1,000. Pasukan pemenang bersama bagi kedudukan tempat ke-3 akan membawa pulang piala iringan, pingat dan hadiah wang tunai bernilai RM500,” menurut beliau.

Terdahulu Timbalan Pengerusi FASA, Saperi Abdullah telah mempengerusikan sesi cabutan undi dan taklimat ringkas kepada semua wakil pasukan yang bakal berentap dalam Pertandingan Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden anak Hollis bermula jam 8 hingga 10.30 malam tadi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment