Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 July, 2010

4 servis untuk penduduk Betong daripada Yayasan Sarawak 23 - 25 Julai

BETONG, Khamis (22 Julai) – Yayasan Sarawak akan menyediakan sejumlah empat buah perkhidmatan ketika berlangsungnya sambutan Program Senada Sejiwa Bahagian 2010 di Bandar Betong bermula 23 hingga 25 Julai ini nanti kata Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak.

Perkara ini diumumkan oleh beliau menerusi sidang media berhubung penganjuran Program Senada Sejiwa Bahagian Betong 2010 yang berlangsung di Pejabat Residen Betong petang kelmarin.

Empat perkhidmatan ini katanya adalah permohonan bantuan Yayasan Sarawak, khidmat portal kepada pelajar tingkatan 4 hingga 5, pemeriksaan penyata baki pinjaman Yayasan Sarawak untuk pelajar Yayasan Sarawak dan pendaftaran terbuka untuk bekas pelajar Yayasan Sarawak bagi tujuan kemaskini data.

“Yayasan Sarawak menerusi perkhidmatan pertama menawarkan bantuan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di masa akan datang seperti bantuan awal pelajar yang mencakupi tambang pengangkutan bernilai antara RM500 hingga RM1,500.

“Manakala itu golongan pelajar tingkatan 4 hingga 5 yang mahu memohon bantuan dari Yayasan Sarawak pada masa akan datang boleh menggunakan perkhidmatan kedua iaitu portal pelajar,” katanya sambil menambah bahawa proses pemilihan akan menjadi lebih pendek dan asli menerusi sistem berkenaan.

Selain itu pelajar yang pernah memohon bantuan daripada Yayasan Sarawak sebelum ini kata Samad juga boleh melakukan semakan terhadap penyata baki pinjaman masing-masing menerusi perkhidmatan ketiga.

Malahan pihaknya juga mahu bekas pelajar Yayasan Sarawak untuk mendaftarkan diri masing-masing menerusi perkhidmatan keempat agar data mereka dapat dikumpul dan seterusnya diproses oleh pihak ibupejabat selepas ini.

“Justeru golongan pelajar khusus sekali dari kawasan Betong dijemput untuk hadir ke kaunter pihak Yayasan Sarawak untuk menggunakan sepenuhnya peluang yang ditawar menerusi perkhidmatan berkenaan bermula 23 hingga 25 Julai ini nanti,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti Jabatan Ketua Menteri, Dr Razali Abon, Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri, Indit Bangai, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Peggy Ronin dan Penolong Pegawai Pendaftaran Betong, Mohd Fazly Abdul Latip.

Tamat.

No comments:

Post a Comment