Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 July, 2010

365 kakitangan kerajaan terima pingat khidmat sedia


Caption: TAHNIAH...Jabu (tengah) sambil disaksikan oleh Syarif (kiri) ketika menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia kepada seorang penerima di sini hari ini.


BETONG, Sabtu (24 julai) – Seramai 365 orang kakitangan kerajaan dari sekitar Bahagian Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Betong telah menerima Pingat Perkhidmatan Setia yang berlangsung di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong hari ini.


Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia yang berlangsung di di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang pada jam 2.30 petang.


Pada majlis itu beliau telah memulakan upacara penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia kepada para penerima dari lapan buah jabatan kerajaan dari sekitar Bahagian Sri Aman dan Betong.


Lapan buah jabatan kerajaan ialah Majlis Daerah Betong (6 penerima), Jabatan Kerja Raya Sarawak (39), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (14), Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (7) dan Majlis Daerah Sarikei (35).


Empat buah lagi jabatan yang turut terlibat dalam Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia ini ialah Institusi Pendidikan Guru Kampus Rajang (48), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (79) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (137).


Majlis yang berakhir sekitar jam 3.30 petang itu turut dihadiri oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Syarif Gapur, Senator Dato Sri Empiang Jabu, para menteri muda Kabinet Kerajaan Negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional yang lain.


Datuk Patinggi Jabu telah mewakili Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang tidak dapat hadir bagi merasmikan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia di sini hari ini.


Terdahulu Pingat Perkhidmatan Setia disampaikan kepada kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat di antara 20 hingga 25 tahun sebagai mengenang sumbangan mereka terhadap pembangunan negeri ini.



Tamat.a

No comments:

Post a Comment