Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2010

Vanture projek ketah - Nyalau



Caption: TERIMALAH...Nyalau (empat kiri) ketika menyampaikan anak ayam kepada wakil penerima pada majlis itu.Turut kelihatan ialah Mussen (empat kanan).


LUBOK ANTU, Ahad (27 Jun) – Penduduk luar bandar disaran untuk melibatkan diri dalam projek penanaman getah secara estet atau kecil-kecilan selepas ini demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Ini kerana getah menurut beliau mampu menjana pendapatan dengan segera terhadap penduduk yang mengusahakan tanaman komersial bagi tempoh jangka masa yang panjang.

“Lagipun Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA juga turut menawarkan bantuan kepada mana-mana penduduk yang layak mengusahakan tanaman getah menerusi mereka.

“Justeru saya mengalakkan penduduk rumah panjang untuk mengusahakan kerja penanaman getah mulai sekarang demi mempertingkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perasmian Penyerahan Anak Ayam anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman di Rumah Machau, Nanga Kumpang, Lubok Antu baru-baru ini.

Sementara itu Nyalau juga menasihatkan penduduk agar mengutamakan perbincangan mengenai cara membangunkan negeri ini dan bukannya isu yang berkaitan dengan hal ehwal politik.

“Bukannya merugikan masa sahaja sekiranya penduduk hanya tahu membincangkan tentang isu politik panas? Adalah lebih baik sekiranya mereka memikirkan cadangan untuk membangunkan negeri ini daripada memperdebatkan isu politik panas,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen anak Lamoh, para ketua jabatan di Sri Aman dan Lubok Antu serta ketua kaum dari sekitar Lubok Antu.

Sejumlah 5,187 ekor anak ayam diserahkan kepada 399 keluarga dalam majlis berkenaan.

Tamat….

No comments:

Post a Comment