Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 June, 2010

Tr kunci pembangunan rumah panjang @ kampung - Harden


Caption: PENGHARGAAN...Briku (kiri) sedang menyampaikan cenderamata kepada Harden (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (7 Jun) - Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap menjadi kunci penting dalam mempertingkatkan lagi tahap perlaksanaan pembangunan di sebuah kawasan kampung selepas ini kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Kunci terbabit iaitu ketua kaum dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) katanya adalah merupakan ‘jambatan’ antara hubungan Kerajaan Negeri dan rakyat dalam menjayakan perlaksanaan projek pembangunan di kawasan mereka dari masa ke semasa.

“Jika ketua kaum dan JKKK berupaya melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik nescaya tahap pembangunan di kawasan penempatan akan tampak lebih meningkat dari masa ke semasa.

“Ini kerana para ketua kaum dan JKKK menjadi ‘focal point’ apabila berhubung dan berbincang dengan pihak kerajaan berkenaan dengan pelbagai projek pembangunan serta bantuan yang bakal diamanahkan kepada penempatan mereka selepas itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Dayak 2010 di Rumah Melunggang anak Adir, Kampung Pakit A, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Harden juga menyeru para ketua kaum untuk sering menyuarakan masalah dan dan disamping mengutarakan kehendak rakyat jagaan masing-masing kepada pihak kerajaan dari masa ke semasa.

Kata beliau, kesemua ketua kaum perlu bersikap demikian sekiranya mereka ingin melihat kawasan penempatan kampung masing-masing menikmati proses pembangunan yang berterusan daripada Kerajaan Negeri selepas ini.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Melunggang manakala RM3,000 lagi kepada Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Pakit A.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas, Roland Demond Radin dan Vincent Roy Muda, Ketua Unit SIDS Pakit A, Florence Briku, Penghulu Briku Braoh, para ketua kaum dan ketua jabatan kerajaan di sini.

Tamat....

No comments:

Post a Comment