Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 June, 2010

Tak ramai penduduk tahu apa itu PDK - Sharifah

SRI AMAN, Sabtu (26 Jun) – Kewujudan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dalam Bandar Sri Aman dipercayai masih belum diketahui oleh majoriti penduduk dalam kawasan ini sehingga sekarang.

Bagaimanapun jika terhadap penduduk yang mengetahui kewujudan PDK mungkin mereka sendiri masih belum lagi mengetahui mengenai fungsi menyeluruh pusat pemulihan berkenaan selama ini.

Penolong Pengarah JKM Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah Wan Hashim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal anjuran Pusat Pemulihan Dalam Kominiti (PDK) Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi

“PDK ditubuhkan bagi mengekploitasi golongan penduduk untuk sama-sama menghulurkan tenaga dalam membantu golongan Orang Kurang Upaya dalam kawasan masing-masing di negara ini.

“Justeru semua penduduk harus tahu bahawa penubuhan PDK adalah merupakan satu pendekatan sosial yang penting oleh kerajaan bagi membantu kebajikan hidup golongan OKU khasnya di Sri Aman dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Selain itu ibubapa kata Ranimah digalak untuk merujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika mempunyai anak-anak yang tergolong dalam kedudukan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut beliau tindakan ibubapa merujuk pihak JKM berhubung isu berkenaan amat penting agar kerajaan dapat membantu anak OKU masing-masing dari segi kebajikan dari masa ke semasa.

“PDK Sri Aman kini mempunyai mempunyai seramai 66 orang pelatih berdaftar berumur antara tiga hingga 24 tahun dan 48 orang pelatih berumur daripada jumlah ini masih aktif menghadiri sesi yang aktiviti yang berlangsung dalam pusat pemulihan berkenaan.

“Kita juga merancang untuk mewujudkan PDK di kawasan Lingga atau Lubok Antu. Justeru kerjasama daripada pihak ibubapa kepada anak OKU dengan merujuk pihak JKM berhubung hal ini akan membantu kita untuk mengesan lebih ramai OKU dalam kawasan Sri Aman di masa akan datang,” katanya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Hari Peri. Hadir sama ialah Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datuk Amar Hajah Saptuyah Haji Suib, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, timbalannya, Felicia Tan dan Pengerusi MAKSAK Sri Aman, Golnar Daud.

Terdahulu pihak MAKSAK Wanita Negeri Sarawak telah menghulurkan sumbangan berupa cek bernilai RM1,000 kepada PDK Sri Aman menerusi majlis berkenaan. Simoi menerusi majlis itu turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelatih PDK Sri Aman.

Majlis Makan Malam Amal ini turut diserikan dengan persembahan Joget Melayu, penyampaian sumbangan untuk anak-anak istimewa, persembahan pakaian beragam, lagu tajaan, cabutan tiket bertuah dan persembahan tarian No Body oleh BAKAT 13 RAMD Kem Pakit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment