Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 June, 2010

SUPP Engkilili happy Rayong bakal masuk SUPP


Mugshot: Kanselor Nyambong Maweng

ENGKILILI, Isnin (21 Jun) – Tindakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang bersetuju mahu mengambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa untuk menyertai SUPP nyata mendapat sambutan baik daripada ahli SUPP cawangan Engkilili.

Setiausaha SUPP cawangan Engkilili, Kanselor Nyambong anak Maweng berkata ahli cawangan itu melahirkan kegembiraan apabila SUPP menerusi Rayong akan mengibarkan bendera BN di DUN Engkilili pada pilihan raya negeri akan datang.

“Kami amat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Chan) berhubung isu ini. Hasrat kami untuk melihat anak jati Engkilili untuk bertanding sebagai calon BN di sini akhirnya bakal tercapai tidak lama lagi.

“Rayong merupakan wakil rakyat yang paling sesuai untuk memimpin kehidupan kami di sini. Beliau banyak berusaha gigih untuk menaiktaraf kehidupan penduduk di Engkilili seperti membina kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu Chan dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan persetujuannya imtil menerima Rayong menjadi ahli SUPP dan seterusnya bersedia untuk meletakan beliau bertanding di DUN Engkilili atas tiket SUPP pada pilihan raya negeri akan datang.

Bagaimanpun keputusan muktamad berhubung pengambilan Rayong dalam SUPP dan seterusnya meletakkan beliau sebagai calon BN di DUN Engkilili pada pilihan raya negeri akan datang katanya masih terletak di tangan pihak Majlis Tertinggi BN Negeri.

Lagipun Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang semasa merasmikan Majlis Perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Majlis, Majlis Daerah Lubok Antu di Engkilili baru-baru ini menganggap bahawa Rayong sebagai wakil rakyat yang mesra BN.

Dalam pilihan raya negeri 2006 yang lalu Rayong dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berjaya menewaskan calon BN-SUPP iaitu Jonathan Krai Pilo bagi merebut kerusi DUN Engkilili.

Tamat...

No comments:

Post a Comment