Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 June, 2010

STU Sri Aman adakan AGM pada 26 Jun ini


Originally written by Goh Kaw Sze.
email: gks594@yahoo.com

SRI AMAN, Selasa (22 Jun) – Kesatuan Guru Sarawak atau STU Bahagian Sri Aman akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-7 bertempat di Bilik Mesyuarat, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chung Hua Simanggang pada 26 Jun ini.

Setiausaha STU Bahagian Sri Aman, Goh Kaw Sze menerusi kenyataan medianya memberitahu mesyuarat yang dijangka bermula jam 2.30 petang itu akan dirasmikan oleh Presiden STU iaitu William Gani Bina.

“Antara agenda mesyuarat agung ini ialah untuk membincangkan usul para ahli bagi dikemukakan kepada pihak Persidangan Perwakilan Dwitahunan STU yang akan diadakan pada bulan September kelak.

“Persidangan tahun dianggap amat istimewa kerana ia akan diadakan bersempena dengan perayaan 45 tahun penubuhan STU dan seterusnya merasmikan bangunan Wisma STU di Jalan Song, Kuching. Ia merupakan era baru bagi kesatuan pekerja yang terbesar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Selain itu katanya antara aktiviti yang dirancang bersempena dengan AGM ini nanti ialah penyampaian hadiah galakan akademik kepada anak para ahli, penyampaian watikah perlantikan kepada para wakil sekolah serta upacara pemotongan kek sempena perayaan 45 tahun penubuhan STU.

Selepas AGM itu nanti semua ahli STU Bahagian Sri Aman menurut Goh akan diberi peluang untuk berdialog dengan para pemimpin kesatuan khusus sekali William Gani dan Thomas Huo.

“Bagaimanapun rancangan pihak kita untuk menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Untuk Ahli bermula jam 9.30 pagi pada 26 Jun ini bersempena dengan Perayaan 45 tahun penubuhan STU telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya.

Beliau juga turut menambah bahawa Setiausaha Agung STU iaitu Thomas Huo bakal hadir sama pada AGM ini nanti untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai profesion perguruan bersama para para ahli.

“Justeru semua ahli STU Bahagian Sri Aman diminta untuk hadir ke SJK Chuang Hua Simanggang bagi menjayakan AGM Ke-7 STU Bahagian Sri Aman pada tarikh yang telah dinyatakan di atas,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment