Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 June, 2010

SRI AMAN, Selasa (15 Jun) - Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Putat, Sri Aman akan menganjurkan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2010 bertempat di Restoran Alisan, Sri Aman pada 18 Jun ini.

Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2010 yang akan bermula pada jam 7 malam itu menurut jurucakapnya akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

“Tujuan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2010 ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan tali silaturahim diantara ahli SIDS Unit Putat dengan orang awam dan kakitangan kerajaan dari sekitar kawasan Sri Aman.

“Menerusi majlis ini nanti pihak kita juga akan berupaya mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat kukuh dikalangan para ahli dalam menganjurkan pelbagai program rasmi di masa akan datang,” katanya.

Majlis itu nanti kata jurucakap berkenaan akan diserikan lagi dengan pelbagai acara menarik antaranya ialah penyampaian wang insentif kepada para pelajar cemerlang, persembahan nyanyian lagu karaoke, cabutan tiket bertuah dan banyak lagi.

“Perayaan Gawai Dayak sebenarnya mempunyai acara penutupan. Maka itu Majlis Ngiling Bidai ini diadakan bagi menutup perayaan Gawai yang dirai oleh semua orang Dayak semenjak 1 Jun lalu.

“Justeru diharap agar Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2010 dapat memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan Gawai dikalangan orang Dayak yang berlangsung dikawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment