Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 June, 2010

Saksikan pertandingan Tennis di KPSU lama 25 - 27 Jun ini

SRI AMAN, Selasa (22 Jun) – Peminat sukan Tennis di kawasan Sri Aman berpeluang untuk menyaksikan Pertandingan Tennis Jemputan 2010 yang akan berlangsung di Gelanggang Tennis, Padang Lama Kementerian Pembangunan Urbanisasi dan Sosial (KPSU) Sri Aman bermula 25 hingga 27 Jun nanti.

Pertandingan Tennis Jemputan 2010 yang bakal melibatkan penyertaan sejumlah sembilan buah pasukan dari lima buah Bahagian dalam negerin ini adalah merupakan anjuran Persatuan Tennis Bumiputera Sri Aman.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi berkata lima buah Bahagian yang menghantar pasukan untuk menyertai Pertandingan Tennis Jemputan 2010 ini nanti ialah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong.

“Pasukan tuan rumah iaitu Sri Aman menghantar sejumlah empat buah pasukan untuk berentap dalam Pertandingan Tennis Jemputan 2010 ini nanti. Bahagian Kuching menghantar dua pasukan manakala Betong, Serian dan Samarahan pula menghantar sebuah pasukan.

“Pertandingan Tennis Jemputan 2010 akan berlangsung pada waktu petang pada 25 Jun dan ia ini akan dilaksanakan secara liga berpasukan yang membabitkan tiga buah kumpulan,” katanya.

Pertandingan Tennis Jemputan 2010 ini yang akan dilaksana dengan cara kiraan mata bagi menentukan kelayakan ke saingan akhir akan membabitkan saingan tiga double dalam pertandingan berkenaan.

“Pasukan juara bagi Pertandingan Tennis Jemputan 2010 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 manakala pasukan naib juara pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300.

“Bagaimanapun pasukan yang tewas pada saingan separuh akhir Pertandingan Tennis Jemputan 2010 ini nanti bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100 menerusi pertandingan itu,” katanya.

Justeru orang ramai terutama sekali peminat sukan Tennis di Bandar Sri Aman dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan suasana penganjuran Pertandingan Tennis Jemputan 2010 pada petang 25 Jun kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment